Kerajaan tersebut terbentuk apabila 6 ADUN Bn, 4 daripada Umno dan 2 daripada UPKO berpaling tadah pada 11 Mei, 2018, kurang 48 jam selepas Kerajaan BN Sabah membentuk kerajaan.
Dengan berpaling tadahnya 6 ADUN tersebut, maka Warisan, DAP dan PKR dapat mengumpul 35 ADUN daripada 60. Ekoran perkembangan tersebut TYT Sabah melantik Datuk Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri pada 12 Mei, 2018.
Perlantikan Shafie itu dilihat melanggar Perlembagaan Sabah, kerana semasa Shafie mengangkat sumpah Ketua Menteri sedangkan Ketua Menteri yang sah belum meletakan jawatan.
Kesahian perlantikan Shafie itu sedang berada di Mahkamah Persekutuan untuk keputusan.
Sejak 12 Mei, 2018 telah berlaku perubahan komposisi ADUN Sabah berasaskan parti, Warisan-UPKO-DAP-PKR kini mempunyai 43 ADUN berasaskan keputusan PRU-14, ditambah 5 ADUN lantikan.
Jumlah ADUN Sabah sekarang berjumlah 65, 48 ADUN mewakili kerajaan dan 17 ADUN pembangkang (PPBM-9, PBS-4, Umno-1 dan STAR-3).
Kerana kerajaan Persekutuan telah berubah, dikhabarkan Sabah juga akan turut berubah. Perubahan itu boleh berlaku, jika 16 ADUN yang menyokong kerajaan Warisan-UPKO dan PH berpaling tadah.
Menurut pemimpin Warisan, bukan mudah bagi para ADUN yang menyokong kerajaan yang diterajui Warisan berpaling tadah, kerana jumlah ADUN yang terlibat bukan sedikit. Walau bagai manapun, semua itu hanya anggapan mereka, kerana kerajaan PH pun yang mempunyai majoriti selesa tumbang, kerana 37 MP berpaling tadah. Jumlah 37 sudah tentunya lebih ramai berbanding 16!!!.
Isyarat perubahan kerajaan Sabah telah nampak, apabila minggu lalu, hanya 19 ADUN termasuk ADUN lantikan mengistiharkan sokongan kepada kepimpinan Datuk Shafie Apdal, manakala 29 ADUN yang lain tidak hadir. Sehingga kini, tiada penjelasan daripada ADUN-ADUN tersebut mengapa mereka gagal hadir, sedangkan sidang media menyokong Shafie itu dihadiri oleh 3 Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi DAP Sabah.
Politik Sabah sangat sinonim dengan lompat parti. Biasanya para ADUN lebih selesa bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan.
Mungkin agak lambatnya mereka ini menampakan diri, kerana menunggu hasil undi tidak percaya kepada kerajaan Tan Sri Muhiyiddin pada sidang Parlimen akan datang. Jika usul tidak percaya itu gagal, maka adalah pasti Kerajaan Sabah akan bertukar.
Pun demikian, tiupan angin cukup kencang, besar kemungkinan para ADUN tersebut tidak menunggu sidang parlimen akan datang, seperti mana isyarat yang diberikan oleh Pengerusi UMNO Sabah-Datuk Bung Moktar Radin.
Sumber-sumber yang boleh dipercayai, daripada 16 ADUN yang bakal berpaling tadah tersebut, 9 daripada Warisan dan 7 daripada mantan-mantan ADUN Umno dan UPKO.
16 ADUN tersebut sedang mengatur flatform baharu atau menyertai parti dalam PN, secara enblok, sebagai kumpulan yang teramai dan bergabung dengan parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN).
Rundingan sedang berlangsung, berkenaan siapa yang akan dilantik sebagai Ketua Menteri, keadaan ini lah yang memperlambat gerakan 16 ADUN tersebut.
No comments:
Post a Comment