Thursday, May 21, 2020

KERANA COVID-19: TIMBUL KRISIS KESIHATAN, EKONOMI DAN SOSIAL SERENTAK



COVID-19 menguji manusia sejagad. Sehingga kini, belum ada ilmu sains yang boleh mencegahnya.  Apa yang dilakukan manusia hanya berbentuk pengurusan, menerusi penjejakan mereka yang terjangkit, mengasingkannya dan dirawat sehingga sembuh semulajadi.

Manusia hanya berusaha tidak  dijangkiti dengan cara memutuskan rantaian transmisi, menerusi perjarakan sosial, menjaga kebersihan diri dan mengelak kontak seminimumkan mungkin dengan manusia lainnya.

Malaysia tersenarai sebagai negara yang berjaya mengurus transmisi covid-19, berbanding dengan negara-negara lain termasuk negara-negara maju, dan berada dikedudukan ke-9 selepas negara China, Australia, Austria, Korea Selatan, Switerzeland, Jerman, Ireland dan Denmark dilihat daripada segi peratus kesembuhan.

Walaupun kadar kesembuhan bagi Malaysia cukup tinggi iaitu 82.11% dengan peratusan yang aktif 16.78%, peratusan ini boleh sahaja berubah kerana faktor ketidak patuhan segelintir rakyat negara ini yang terkategori degil, khususnya dalam mood pulang kampung.

Kerajaan tiap hari memberi amaran, jangan rentas negeri tetapi saban hari ada sahaja yang mencuba nasib, termasuk menggunakan laluan tidak biasa atau laluan tikus.

Pengalaman Iran, kerana rakyatnya degil semasa menyambut hari parsi, sehingga menimbulkan gelombang jangkitan yang cukup tinggi, sehinggakan negara itu mengisi kelompok negara yang mempunyai lebih 100 ribu jangkitan positif, tidak diambil iktibar oleh segelintir rakyat negara ini.

Mereka yang degil itu seolah-olah tidak sedar, bahawa covid-19 adalah penyebab kepada krisis kesihatan, ekonomi dan sosial secara serentak, sehingga mengwujudkan new normal atau abnormal. 

No comments:

Blog Archive