Thursday, May 21, 2020

ANCAMAN COVID-19 ITU REAL


ANCAMAN Covid-19 itu real. Jangan kerana tradisi, maka nyawa melayang. 

Hariraya, tiap tahun pasti menjelang, selagi nyawa dikandung badan. Jika nyawa melayang, tiada erti lagi tradisi.

Walaupun ancaman virus ini real, tetapi, ada juga di kalangan kita mengambil mudah, termasuk curi-curi pulang kampung.

Matlamat PKP adalah stay where you're.. kerana sungguh banyak bukti, rentas daerah atau negeri, atau kunjung mengunjung, boleh menyebabkan jangkitan.

Covid-19 sangat bebal, kerana data menunjukkan lebih 80% yang disahkan positif tidak bergejala... sebab itu kita tidak tahu bahawa kita sebenarnya pembawa virus dan menjangkiti mereka yang berisiko, terutama warga emas dan kanak-kanak.

No comments:

Blog Archive