Tuesday, April 07, 2020

TAHU KAH ANDA SEMUA ADUN KERAJAAN SABAH PUNYA WANG BANTU RAKYAT

UNTUK tahun 2020, setiap ADUN kerajaan Sabah diperuntukan RM1.1juta, RM800 ribu untuk projek kecil, dan RM300 ribu sentuhan kasih (sentuhan kasih membantu rakyat secara langsung dalam bentuk wang tunai atau inkind). (Nota ADUN Kerajaan Sabah itu daripada Warisan-UPKO-DAP-PKR dan Adun dilantik). Jumlah itu bertambah lagi sebanyak RM300 ribu setiap  DUN menerusi Pakej Bantuan COVID-19. Ditambah lagi dengan peruntukan RM200juta projek-projek kecil.

Untuk wang tunai sahaja, setiap ADUN Kerajaan Sabah mempunyai RM600,000 boleh digunakan membantu rakyat, dalam segi penyediaan makanan. 

Pengundi Sabah berjumlah 1.1juta, katakan lah mewakili Ketua Isi Rumah (KIR)... jika mengambil kira wang tunai yang diberikan kepada semua kawasan DUN, jumlah wang tunai yang boleh diagihkan dalam bentuk makanan sebanyak RM36juta seluruh Sabah. Jika ianya digunakan membeli makanan, tiada seorangpun terkecuali termasuk wakil-wakil rakyat akan mendapat sekurang-kurang 10kg beras tempatan campur 2 paket minyak masak dan 2 paket mee segera.

Melihat bantuan makanan yang diedarkan pada penerima terpilih (kononnya yang terjejas teruk, sudah tentu miskin dan miskin tegar), ianya menunjukkan, memang purata yang digunakan, iaitu RM33/KIR (mengambil kira peruntukan RM36 juta dan KIR=1,1juta).

Untuk wakil rakyat kerajaan Sabah yang menghulur bantuan, tiada yang bersifat bantuan peribadi, ianya semua wang kerajaan, berbeza dengan ADUN UMNO,Bersatu/PPBM, PBS dan STAR, juga para MP pembangkang kerajaan Sabah, bantuan daripada mereka itu, adalah bantuan pribadi.. bukannya bantuan kerajaan.

Kepada para wakil rakyat Kerajaan Sabah, jangan lah menunjukkan keegoan, kononnya membantu rakyat dikala susah, sebenarnya anda-anda hanya bertindak mengagih-agihkan wang kerajaan. 

Mengagihkan pun timbul PILIH KASIH????. bayangkan kalau membabitkan wang pribadi!!!!! pasti, ramai yang bakal kebuluran, atas sebab, bantuan tidak akan bakal sampai...

No comments:

Blog Archive