Tuesday, April 07, 2020


Nota: D=Kematian; C=Jumlah Kes; A= Sedang Dirawat; R=Jumlah Sembuh dan T=Jumlah diuji

Nota: Piawaian WHO C/T lebih kecil daripada 10%, maka sedikit jangkitan di kalangan penduduk atau komuniti, jika sebaliknya, menunjukkan ramai terjangkit. 

Kedudukan Malaysia daripada segi jumlah kes berbanding jumlah ujian, kekal di bawah 10% sejak PKP yang bermula pada 18 Mac.

Kedudukan Malaysia daripada segi jumlah kes, turun tangga lagi daripada kedudukan 30 pada 6 April kepada tanggan ke-31 pada 7 April.. Data semasa DISINI

Melihat Tabel di atas untuk negara-negara terpilih, kadar penyembuhan di Malaysia adalah 33.33% berbanding dunia 21.53%, manakala kadar kematian adalah 1.59% berbanding dunia 5.6%. Pesakit dalam rawatan, Malaysia 65.08% berbanding Dunia 72.87% (semakin rendah peratusan, maka semakin baik).

Di Asean, Indonesia dan Filipina membimbangkan, sementara di Eropa, Perancis dan Sepanyol bakal mencontohi Italy.

Melihat peratusan kematian, penyembuhan dan jumlah kes berbanding ujian, menunjukkan, tindakan PKP Kerajaan mencapai matlamat memutuskan transmisi COVID-19.

Wabak COVID-19, bukan sahaja akan mengubah cara penghidupan harian rakyat, juga berimpak kepada perekonomian negara.

No comments:

Blog Archive