PADA 17 Mac, sehari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara dikuatkuasa, kedudukan Malaysia antara negara-negara diserang wabak COVID-19 berada di tangga ke-17 daripada lebih 180 negara di dunia. Bermula daripada pelaksanaan PKP fasa pertama 18-31 Mac, dan Fase ke-2, 1 April- 14 April, kedudukan negara, dari sehari ke sehari menurun, dan pada 6 April, kedudukan negara adalah di tangga ke-30, dan untuk pertama kali juga, jumlah pesakit yang sembuh mengatasi kes baharu, iaitu 236 berbanding 131.
Pada hari ini, sejak kes pertama pada 24 Januari, jumlah yang didapati positif seramai 3,793, 2,490 daripadanya sedang dirawat, 1,241 discaj dan 62 kematian.
Melihat trend jangkitan, nampaknya tindakan melaksanakan PKP menemui sasaran membendung transmisi wabak pembunuh tersebut.
Tindakan kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk sementara waktu sangat berhasil, seperti trend yang cenderung mendatar untuk kes-kes baharu.
Tempoh masa seminggu lagi, akan menentukan, apa kah negara berjaya membendung transmisi wabak pembunuh tersebut.
COVID-19 update (live) (KLIK)
No comments:
Post a Comment