Sunday, April 05, 2020

COVID-19: ANTARA BOM JANGKA DAN HARAPAN


Piawaian yang digunapakai WHO tinggi rendah jangkitan di sesebuah negara adalah melihat nisbah (ratio) antara jumlah yang diuji dan jumlah jangkitan (kes). WHO menggariskan nisbah atau peratus 10% antara kes dan jangkitan. Jika jumlah kes berbanding ujian melebihi 10%, menandakan, masih banyak kes positif di kalangan penduduk sesebuah negara, dan jika sebaliknya, menunjukkan, bahawa mereka yang dijangkiti dapat dikesan dengan baik.

Tabel di atas adalah negara-negara dipilih oleh penulis untuk melihat kedudukan Malaysia dan negara-negara jiran, juga membandingkan kedudukan negara dengan negara-negara maju.

Pada tabel, jika merujuk kepada negara jiran Malaysia, Thailand dan Singapura bersama negara kita mempunyai nisbah di bawah 10%, manakala Indonesia dan Filipina sangat membimbangkan, masing-masing 23.4% dan 55.95%.

Jika berpaksikan kepada piawaian WHO, Malaysia, Thailand dan Singapura bakal menang melawan COVID-19, sementara dua negara jiran lain, hanya menunggu bom jangka.

Sangat membimbangkan Malaysia, jika berlaku ledakan jangkitan di dua negara jiran- Indonesia dan Filipina, kerana selain bersempadan, khususnya Indonesia, Filipina pula merupakan sumber tenaga buruh bagi negari Sabah.

No comments:

Blog Archive