Sunday, April 05, 2020

WABAK COVID-19: BEZA ANTARA HAK ASASI DAN ERTI KEMANUSIAAN

SEKURANG-KURANGNYA boleh lah dibuat kesimpulan, kerana mempertahankan hak asasi manusia, maka jangkitan COVID-19 di negara-negara yang mengagung-agungkan demokrasi sedang bermaharaja lela. KLIK DISINI UNTUK BUKTI

Nasib baik negara kita, walaupun mengamalkan politik demokrasi, akan tetapi, rasa kemanusian menerusi tanggungjawab sesama insan, terdetik menerusi kerajaan baru yang dibentuk pada 29 Mac, 2020, sebelum wabak COVID-19 menyerang tidak mengenal waktu, mangsa dan latar belakang. 

Hanya 16 hari kerajaan Perikatan Nasional terbentuk, maka diambil pendekatan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang pada awalnya hanya 14 hari, namun melihat kecepatan jangkitan, maka dilanjutkan 14 hari hari lagi sehingga 14 April, 2020. 

Hanya berpaksi kepada menyelamatkan manusia atau rakyat, Kerajaan PN, tidak menoleh ke belakang, walaupun mendapat halangan daripada mereka yang hilang kuasa. 

Penulis masih segar dengan kenyataan Presiden PKR- Dato Seri Anwar Ibrahim, yang mempersoalkan pengelibatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membantu PDRM dan penguatkuasa lain dalam melaksanakan PKP. Malah, persatuan bekas tentara Patriots, turut sama mempersoalkan pengelibatan ATM. 

Dalam melaksanakan PKP, Perdana Menteri- Tan Sri Muhyiddin Yassin, terpaksa membuat rayuan kepada mereka yang gagal mengerti, apa itu PKP. Malah, mereka yang cerdik pandai yang mengetuai institusi pengajian tinggi, tidak mengerti apa itu PKP, sehinggakan mengarahkan para pelajar mengosongkan kampus, kolej-kolej kediaman, untuk para pelajar kembali ke kampung halaman masing-masing untuk bersama-sama keluarga. Kerana tindakan cepat Menteri Pengajian Tinggi- Dato Noraini Ahmad, maka dapat menghalang semua pelajar mengosongkan kolej masing-masing, meskipun, hampir 90% pelajar sudah pulang kampung atau dalam perjalanan pulang. Para pelajar yang berdegil kerana terlebih dahulu faham apa itu PKP, pihak universiti mengancam menutup bekalan elektrik dan lampu di kediaman masing-masing. 

Cuba bayangkan, jika para tahfiz yang kemudian menjadi cluster transmisi COVID-19, benar-benar pulang ke pangkuan keluarga masing-masing, tidak terbayangkan berapa jumlah yang terjangkit, dan terkorban. 

Sudah lah Malaysia terlambat melaksanakan pemutusan transmisi COVID-19, kerana kerajaan lalu, angkuh, kononnya, wabak itu adalah perkara kecil, negara mempunyai kepakaran. Kalau lah tidak berlaku pertukaran kerajaan, tidak diketahui apa yang berlaku dalam negara, kerana walaupun tindakan cepat diambil oleh kerajaan baharu, jumlah jangkitan di Malaysia 11 jangkitan daripada 1,000 penduduk, manakala kematian 2 setiap 1000 penduduk. Walaupun angka-angka itu terlalu rendah berbanding Italy-jangkitan 208/1000, kematian 26/1000.

Pada 10 April ini, akan menentukan, apa kah PKP/MCO bakal dihentikan atau dilanjutkan, ianya sangat bergantung pada data dan laporan klinikal, jangkitan COVID-19 di negara kita.

Untuk itu dibahu rakyat Malaysia keseluruhannya, terletak, berjaya kah kita melawan musuh yang tidak kenampakan.

No comments:

Blog Archive