DI negara kita, walaupun tidak pasti, kapan kah penghujung serangan COVID-19, akan tetapi tindakan memutuskan transmisi jangkitan sedang dilakukan oleh pihak kerajaan, dan mengharapkan negara kita tidak mengalami jangkitan yang lebih parah sehinggalah vaksin ditemui.
Sejak dilaksanakan PKP bemula pada 18 Mac-14 April, 2020, walaupun secara akumulatif jumlah kes terus bertambah, akan tetapi jika dilihat daripada kadar kematian dan kadar penyembuhan, nampaknya, serangan wabak itu pada negara, tidak seserius berbanding di negara-negara Eropa dan Amerika Syarikat.
Melihat Data Statistik setiap jam di seluruh dunia kes positif COVID-19 terus bertambah, demikian juga angka kematian, 9 mangsa setiap 1 juta penduduk, di Malaysia 2 kematian setiap 1juta, manakala negara yang terjejas teruk Sepanyol dan Itali kadar kematian masing-masing 270 dan 263 setiap 1 juta penduduk.
Pada senario sekarang, selagi vaksin penyembuh atau melawan virus yang bukan sahaja pandemik akan tetapi bersifat juga sebagai epidemik, maka dunia terus dicengkam ketakutan, ketakutan daripada segi kematian, juga ketakutan daripada segi kemelesetan ekonomi.
Tindakan PKP, selain menghalang pergerakan, juga menghalang produktiviti, kecuali sektor makanan dan minuman serta produk berkaitan kesihatan seperti penutup muka dan penyahkuman (sanitizer)
Serangan wabak Covid-19, telah menyebabkan kelok permintaan dan kelok penawaran semua sektor berpindah ke kiri pada graf permintan dan penawaran. Perubahan ini menunjukkan dunia berhadapan dengan kemelestan yang teruk, walaupun belum boleh diistilahkan sebagai "great depression" seperti tahun 1930.
Memang betul setiap negara mengambil tindakan merangsang ekonomi semada menerusi pendekatan kewangan dan fiskal atau kedua-duanya sekali. Di Malaysia -RM250bilion termasuk RM25bilion berbentuk tunai telah diumumkan sebagai pakej stimulus ekonomi berhadapan dengan wabak Covid-19. Stimulus tersebut, supaya sektor ekonomi terus berjalan, selain membendung pembuangan pekerja.
Dalam senario sekarang, selagi vaksin belum ditemui, setiap negara hanya bergantung data dan laporan klinikal berkaitan wabak tersebut, samada memansuhkan PKP atau melonggarnya dengan SOP tertentu. Berasaskan kepada keadaan tersebut, rakyat atau masyarakat perlu patuh, bagi membendung transmisi, yang boleh menimbulkan gelombang baharu, kerana sifat virus itu sendiri, boleh berkembang bergenerasi.
Di negara ini, nampaknya rakyat yang terjejas teruk adalah mereka yang berada pada kumpulan B40, miskin dan miskin tegar. Keterjejasan mereka, dalam segi makan minum. Kita terbaca di laman-mana media sosial atau portal online, walaupun PKP belum sebulan, ramai sudah rakyat berhadapan isu makan minum, malah di Johor ada keluarga termasuk bayi HANYA makan nasi berulamkan gula.
Apa yang membimbangkan, selagi vaksin tidak ditemui, walaupun PKP ditarik balik, mereka yang ada pekerjaan sebelum ini berakhir sebagai penganggur, kerana para majikan juga menjadi penganggur, kerana terpaksa menutup operasi atau perniagaan, kerana tiadanya permintaan.
No comments:
Post a Comment