Thursday, March 05, 2020

WARISAN TETAP SOKONG USUL TIDAK PERCAYA TERHADAP TSMY

SEMENTARA menunggu sidang Parlimen pada 18 Mei, 2020, hubungan Kerajaan Sabah dengan Kerajaan Persekutuan, hanya hubungan pentadbiran, bukan hubungan politik. 

Shafie bersama sekutu beliau di Sabah pada hari ini mengulangi sokongan terhadap Tun Dr Mahathir, ertinya usul tidak percaya terhadap TSMY yang bakal di bawa PH pada sesi parlimen akan datang akan mendapat undi daripada Warisan. 

Warisan mempunyai 9 ahli parlimen daripada 25 ahli parlimen Sabah. 

Shafie kena sedar, tempoh masa 2 bulan sebelum sidang parlimen terasa sangat panjang. Dalam konteks politik Sabah tiada yang mustahil. 

Semasa memilih PM-8 antara Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhiyiddin Yassin pada 29 Februari, Shafie bersama 8 MP Warisan menyokong Tun, sokongan itu kekal sehingga ke hari ini. 

Pengerusi Warisan dalam UPDATE facebook beliau sebentar tadi memberi alasan yang bukan-bukan berkaitan pendirian Warisan tidak menyokong Perikatan Nasional. Alasan-alasan yang beliau kemukakan bersifat tuduhan, dan boleh mengundang disaman. 

Bersatu sebagai parti Perikatan Nasional terbesar di Sabah perlu mengatur strategi atau gerakan, supaya jumlah ahli parlimen yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional yang berjumlah 10, boleh bertambah sekurang-kurangnya 2 lagi. 

Kerajaan Perikatan Nasional memerlukan sokongan minimum 112 ahli parlimen untuk kekal sebagai Kerajaan. 

Berasaskan perkembangan terkini, PN disokong oleh BN-42, Pas-18, GPS-18, PBRS-1, STAR-1, Bebas-1, Bersatu-31, PBS-1, seluruhnya berjumlah 113. Jika jumlah ini kekal, jelas USUL TIDAK PERCAYA akan gagal. 

Jika Shafie dan sekutu beliau di Sabah rasional, melihat kepada angka-angka di atas jelas USUL tidak percaya akan gagal. 

Nampak gayanya, sokongan Shafie dan sekutunya pada masa pemilihan PM-8, tidak seperti GPS Sarawak, untuk menamatkan kemelut politik tanah air, akan tetapi masih berasaskan dendam politik. 

Pendirian Warisan pada hari ini, jelas mengamit ketidak stabilan kerajaan Persekutuan. 

Shafie perlu sedar, selepas hampir semimggu pertukaran Kerajaan Persekutuan, mata wang ringgit terus meningkat terhadap dollar Amerika, manakala Pasaran Saham Kuala Lumpur menunjukkan peningkatan atau pergerakan positif. Makna kepada keadaan itu, pelabur yakin terhadap Kerajaan Perikatan.

No comments:

Blog Archive