Thursday, March 05, 2020

BERSATU DAN PERIKATAN NASIONAL PERLU WUJUD KABINET BAYANGAN NEGERI SABAH

KINI jelas Warisan dan sekutunya DAP dan PKR mengistiharkan sebagai negeri pembangkang kepada Kerajaan Persekutuan. 

Presiden Warisan itu mengambil contoh Negeri Kelantan yang dipimpin parti pembangkang bermula tahun 1990, kekal sebagai negeri pembangkang sehingga 29 Februari, 2020. 

Rupanya Shafie tidak melihat sejarah pembangunan dan kemajuan Sabah semasa ditadbir oleh kerajaan yang membangkang Persekutuan, antara tahun 1990-1994. Dalam tempoh 5 tahun, pembangunan dan kemajuan, perekonomian, begitu teruk sekali, sehinggakan menyebabkan kadar kemiskinan negeri terus meningkat, malah kewangan negeri terjejas, sehinggakan hampir muflis. 

Atas sebab pendirian Kerajaan Warisan, Bersatu sebagai parti terbesar Negeri Sabah perlu mengetuai Perikatan Sabah, untuk mengwujudkan kabinet bayangan negeri, agar Kerajaan Persekutuan mudah menyalurkan peruntukan untuk mensejajarkan kemajuan dan pembangunan negeri. 

Menerusi kabinet bayangan tersebut, akan dibantu oleh Jabatan Persekutuan Negeri Sabah (JPNS) sebagai pusat disalurkan peruntukan Persekutuan. Jabatan itu akan mengkordinasi peruntukan sesuai dengan potfolio kabinet bayangan yang dibentuk. 

Kabinet bayangan tersebut diketuai oleh Datuk Hajiji kemudiannya beliau melantik kabinet bayangan beliau bersama-sama dengan tugas masing-masing. 

Menerusi kabinet bayangan itu akan menjadi penyanggah kepada kemunduruan negeri sebagai impak sebagai negeri pembangkang. 

Perikatan Sabah perlu bertindak pro-aktif demi kemajuan negeri dan rakyat, sementara menunggu PRU-15, mengambil alih pemerintahan negeri. 

Peruntukan-peruntukan daripada Persekutuan, seperti royalti minyak dan gas, berbagai grant atau projek-projek Persekutuan, perlu dikoordinasi Kabinet bayangan Perikatan Sabah, demi faedah rakyat dan negeri.

No comments:

Blog Archive