Thursday, March 05, 2020

PN LEBIH MUDAH TAWAN SABAH JIKA WARISAN KEKAL PEMBANGKANG

KETUA PEMUDA Parti Warisan Sabah- Datuk Aziz Jamman yang juga MP Sepanggar, membayangkan kekal sebagai parti pembangkang kepada Kerajaan Persekutuan. 

Malah mantan Timbalan Menteri Dalam Negeri dalam kerajaan Pakatan Harapan yang tumbang pada 24hb Februari, 22 bulan membentuk kerajaan selepas PRU-14, Kerajaan Perikatan Nasional masih tidak selamat, kerana berhadapan undi tidak percaya di Dewan Rakyat pada sesi parlimen akan datang yang dijadualkan pada 18 Mei, 2020. 

Untuk sementara sejak PN menubuhkan kerajaan pada 1 Mac, hanya dua komen negatif daripada pemimpin Warisan, yang pertama daripada Pengerusi parti itu, yang juga mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada kerajaan lalu. 

Presiden parti itu-Datuk Shafie Apdal sehingga kini belum mengeluarkan sebarang komen. 

Sejak tumbangnya Kerajaan Pakatan Harapan, banyak spekulasi, kerajaan Sabah bakal turut sama, mengikut jejak negeri Johor, Melaka, dan menyusul Perak dan Kedah. 

Dua hari lalu dua pemimpin kanan Warisan, Pengerusi PKR negeri, masih berdiri teguh di belakang kepimpinan Shafie, sambil menafikan bahawa kerajaan Warisan bakal tumbang, kerana parti itu dan sekutunya menguasai 2/3 Dun Sabah. 

Dalam konteks politik Sabah, tiada yang mustahil berlaku. Perbuatan lompat parti sudah sinonim dengan negeri di bawah bayu tersebut. 

Tiada istilah “itegriti” dalam arena politik Sabah, sejak merdeka lagi. Perbuatan lompat parti sudah berlaku, sejak era Kerajaan USNO, sehingga selepas PRU-14 lalu. 

Perbuatan lompat parti, hanya kerana mereka yang melompat ingin bersama-sama kerajaan, samada kerjaan negeri atau kerajaan Persekutuan. 

Perbuatan melompat parti bermatlamat, supaya kawasan yang diwakili tidak ketinggalan daripada segi pembangunan dan kemajuan, kerana dalam konteks Sabah, hanya kerajaan yang mampu menyalurkan peruntukan. 

Ada lah lumrah bagi negeri yang masih mudur, pelaburan swasta meskipun berlaku, akan tetapi jumlahnya sangat sedikit sekali, kerana swasta hanya berkiblatkan kepada keuntungan. 

Hakikatnya dalam segi politik, parti-parti dalam PN lebih gembira jika Warisan dan sekutunya kekal membangkang Persekutuan, kerana memudahkan ditumbangkan menerusi pilihanraya. 

Rakyat Sabah masih berkiblatkan kepada politik pembangunan. Apabila kerajaan negeri sebagai pembangkang, sudah tentu peruntukan untuk pembangunan hanya daripada kerajaan negeri yang mempunyai bajet sedikit di atas RM4bilion untuk tahun 2020, dan kemungkinan untuk tahun 2021 akan berkurangan memandangkan pendapatan negeri menjunam, akibiat pertumbuhan ekonomi yang menurun dengan drastik sejak diambil alih Kerajaan Warisan.

Bersatu sudah siap sedia sebagai pembangkang di peringkat negeri, bersama-sama PBS, Umno Sabah dan STAR. 

Jika Warisan kekal pembangkang, kemungkinan besar Kerajaan Persekutuan akan mengwujudkan semula Jabatan Persekutuan Negeri Sabah (JPNS) yang telah dimansuhkan sebelum ini, untuk mengendalikan projek-projek Persekutuan di Sabah.

No comments:

Blog Archive