Wednesday, March 04, 2020

KABINET PERSEKUTUAN APA KAH GUNA PENDEKATAN MORAL ATAU KEKUATAN?

TERLALU awal, untuk menilai, apa kah Kerajaan Pakatan Nasional yang bakal melantik ahli kabinet berpaksi kepada prinsip moral atau kekuatan. 

Pada Kerajaan Pakatan Harapan yang tumbang, prinsip moral telah diketepikan tetapi bersandar pada kekuatan, apabila pemimpin yang terpalit rasuah dilantik ke dalam kabinet. 

Asas kepada perlantikan Lim Guan Eng tersebut, kerana DAP salah sebuah dalam PH yang mempunyai kerusi yang cukup signifikan jumlahnya. Tanpa parti itu, PH tidak boleh membentuk kerajaan. 

Lim Guan Eng sebelum dan selepas PRU-14, sedang dibicarakan kes rasuah, namun dilantik sebagai menteri kewangan. Ekoran perlantikan tersebut, kes beliau digugurkan. 

Demikian juga pengampunan terhadap Dato Seri Anwar yang dicadangkan oleh PH kepada YDP Agong, telah mengabaikan prinsip moral, sebaliknya kepada kekuatan, kerana parti beliau mewakli 50 kerusi parlimen, parti yang mempunyai kerusi dalam PH. 

Kalau melihat kepada perutusan khas Perdana Menteri pada 2 Mac sebaik sahaja beliau memulakan tugas sebagai PM8, jelas menyatakan bahawa kabinet yang bakal dibentuk berpandukan kepada moral. 

Jika benar bahawa kabinet Persekutuan berpandukan moral, maka prinsip Machiavelli yang begitu meresap dalam politik Malaysia, diketepikan, kerana menurut ahli falsafah itu dalam urusan politik, tidak ada tempat membicarakan soal moral, kerana tujuan berpolitik adalah untuk memperkuatkan dan memperluas kekuasan. 

Melihat senario politik Malaysia, pendapat Machiavelli itu merupakan penghalang besar kepada Tan Sri Muhiyiddin membariskan kabinet beliau. 

PM8 itu, perlu menggunakan semua pengalaman 40 tahun beliau dalam arena politik, dan menggunapakai mencabut rambut daripada tepung, rambut tercabut, tepung tetap utuh. 

Pandangan rakyat tertumpu kepada PM8 itu, apa kah kabinet yang dibentuk hanya untuk menyelematkan negara daripada kemelut politik secara jangka pendek, atau kah memperluas kuasa, termasuk berhadapan dengan PRU-15. 

Sebenarnya, jika Umno- parti terbesar dalam Perikatan Nasional, mahu PM8 mempertaruhkan prinsip moral, maka mereka yang terpalit isu moral perlu memberi tahu kepada beliau, untuk tidak menyertakan mereka dalam barisan kabinet untuk sementara waktu, sehingga lah mahkamah memberishkan nama mereka. Tiga pemimpin utama Umno yang sedang dibicarakan adalah Presiden, MP Putrajaya dan MP Pekan. 

Membentuk kabinet Persekutuan berprinsipkan moral, akan menarik sokongan rakyat biasa, berbanding melantik mereka yang terpalit dengan isu moral.

No comments:

Blog Archive