Wednesday, March 04, 2020

BELUM MASA KERAJAAN SABAH JADI PEMBANGKANG

JIKA pemimpin Sabah khususnya para wakil rakyat yang menjadi penyokong Parti Warisan dan sekutunya, DAP, PKR dan UPKO sayangkan rakyat dan negeri, maka perlu memilih sebahagian kerajaan Persekutuan. 

Sabah tidak boleh lagi kembali di era kegelapan antara tahun 1985-1994, puncaknya antara tahun 1990-194. 

Era itu, Sabah bukan sahaja menjadi mundur, kemiskinan meningkat, kemudahan asas semakin daif, malah negeri hampir muflis. 

Terbukti apabila kerajaan negeri sebahagian Kerajaan Persekutuan, antara tahun 1994-2018, kemajuan dan pembangunan negeri cukup pesat sekali, kadar kemiskinan menurun dengan drastik daripada 19.8% (2009), kepada 2.9% (2017). 

Simpanan kewangan negeri daripada negatif (1994), RM184juta (2003), kepada RM3.74bilion (2017). 

Memang betul, Shafie mempunyai pengalaman di peringkat Persekutuan sejak tahun 1995, namun beliau tiada pengalaman mentadbir di peringkat negeri. Kerana kekangan itu, ditambah barisan kabinet beliau yang tiada pengalaman, ekonomi Sabah merudum, aktiviti ekonomi berkurangan, hanya yang ketara pembalakan haram, kematian gajah, aktiviti bom ikan dan kebakaran rumah-rumah setinggan. 

Sudah tiba masanya, kerajaan diambil alih oleh mereka yang berpengalaman, sesuai dengan perkembangan politik negara dan perubahan kerajaan Persekutuan. 

Sayang sungguh, pada masa ini, parti-parti yang menyokong PN di Dun Sabah hanya berjumlah 17 kerusi daripada 65. Untuk mengambil alih kerajaan memerlukan 15 ADUN. Dalam konteks politik Sabah, tiada yang mustahil. 

Jika UMNO dan PBS berjaya menjemput semula para mantan ADUN parti itu,dan Bersatu berjaya memikat beberapa ADUN Warisan, tidak mustahil, kerajaan pimpinan Datuk Shafie Apdal akan tumbang. 

Jika para mantan ADUN Umno dan PBS masih ingat pendirian mereka di kala mengubah sokongan, untuk menyertai parti yang sebahagian daripada kerajaan yang sealiran dengan Kerajaan Persekutuan, maka perlu berpatah balik, untuk menyertai semula parti mereka, jika tidak sanggup sertailah parti Bersatu Sabah. 

Bersatu yang diketuai Datuk Hajiji Haji Noor, yang juga ADUN Sulaman 5 penggal, mempunyai kapasiti yang jauh lebih baik berbanding Shafie untuk memerintah Sabah. 

Menerusi pemerintahan Hajiji, Sabah akan gemilang semula, seperti mana era Tan Sri Musa Aman.

No comments:

Blog Archive