Friday, March 06, 2020

KERAJAAN SABAH- ASAL PEMBANGKANG KEMBALI PEMBANGKANG

ENAM ADUN BN pada 11 Mei, 2018 menjadi katak, kerana sokong kerajaan negeri supaya tidak menjadi kerajaan pembangkang kepada Kerajaan Persekutuan. Kini kerana tindakan mereka itu, Sabah kembali menjadi negeri pembangkang.

Berbeza dengan tindakan mantan-mantan ADUN dan MP Umno yang menyertai BERSATU/PPBM kerana mahu sebahagian daripada kerajaan persekutuan, sehingga kini status mereka tidak berubah. 

Tindakan ADUN Kemabong, Balung, Tanjung Batu, Sebatik, Paginatan dan Kedamaian penyebab tumbangnya kerajaan pembangkang Bn Plus kerana alasan mereka mahu menyokong kerajaan negeri yang sebahagian dengan Kerajaan Persekutuan. 

Kini kerajaan yang mereka sokong itu bertukar kepada kerajaan yang membangkang kerajaan persekutuan. Malangnya alasan mereka menumbangkan kerajaan Bn Plus dahulu tidak terpakai lagi, dan kini mereka bangga sebagai negeri pembangkang. 

Sokongan para mantan ADUN Bn kepada tindakan Shafie menjadi negeri pembangkang, ternyata, pendirian mereka dahulu itu, bukan atas kepentingan rakyat, kerana menurut mereka semasa menukar sokongan, Sabah tidak boleh “survive” tanpa bantuan kewangan daripada Persekutuan. 

Tidak mengapa lah, kerana Warisan, maka Sabah menjadi negeri pembangkang. Pembangkang pun pembangkang lah, janji gaji dan eluan sebagai wakil rakyat dan menteri “masyuuk” setiap bulan. Persetan dengan rakyat, jatuh miskin kah, tiada pekerjaan kah, kemudahan asas daif kah, bukan perkara mustahak, yang utama para wakil rakyat dan para menteri hidup selesa dan nyaman. 

Pengalaman Sabah sebagai negeri pembangkang, sungguh malang sekali. Ekonomi teruk, kemudahan asas daif, infrastruktur standard dunia ke-tiga, kadar kemiskini cukup tinggi mencecah angka 30%, kewangan negeri negatif, malah hampir muflis. 

Shafie mahu membawa kembali negeri dan rakyat Sabah kembali ke era itu, sebab itu mahu tetap sebagai pembangkang kepada kerajaan Persekutuan. 

Shafie tidak boleh memberi alasan, kononnya mereka diberi mandat oleh rakyat Sabah memerintah. Rakyat Sabah tidak memberi mandat. 

Manakala Kerajaan Persekutuan yang diberi mandat, ditakdirkan tumbang, kerana lebih banyak membawa kemudaratan kepada negara dan rakyat. Kemudaratan itu, antara lain yang nyata, apabila bursa saham negara kehilangan hampir RM300bilion market capitalization, apabila indeks menjunam daripada 1,800 ke paras di di bawah 1,500. 

Ramai rakyat B40 menderita, kerana sumber pendapatan semakin berkurangan, manakala kos sara hidup terus meningkat. 

Ramai rakyat tidak berdosa kehilangan pekerjaan, kerana penutupan berbagai syarikat, atau syarikat-syarikat tersebut dijual kepada pihak lain. 

Kerana kerajaan PH membawa banyak mudarat dan kesusahan kepada rakyat, maka atas kuasa Tuhan, sebahagian pemimpin PH tergerak hati menumbangkan kerajaan sendiri, termasuk lah perletakan jawatan Perdana Menteri yang mereka pilih. 

Kerana doa rakyat majoriti, yang tertindas kerana kerajaan yang melibatkan DAP, akhirnya menjadi kenyataan, dan kini, kerajaan tanpa DAP telah terbentuk. 

Sayang sungguh, Shafie tidak mahu menjadi sebahagian daripada rakyat sedang bersyukur sekarang, kerana kerajaan tanpa DAP telah lahir. Johor, tanpa DAP, Melaka tanpa DAP, Perak tanpa DAP, kecuali Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan sudah tentu Sabah yang masih memeluk erat DAP. 

Shafie tidak mahu mengambil iktibar pada PRK Kimanis, pengundi yang menyokong DAP, telah pun berpaling tadah, kerana mereka telah merasakan, bahawa kerajaan yang melibatkan DAP mengecewakan mereka. 

Jika dilihat daripada segi politik, adalah satu hadiah kepada parti-parti yang menyokong Perikatan Nasional, seperti Bersatu/PPBM, Umno, PBS dan STAR, kerana kolaborasi Shafie dengan PH, akan menjadi mudah untuk ditumbangkan.

1 comment:

Anonymous said...

TUN MAHATHIR JUGA AKAN DIPANGGIL MENJADI SAKSI DI MAHKAMAH DALAM KES 1MDB. LATHEEFA KOYA KANTOI DI MAHKAMAH.

MARCH 05, 2020 LABELS: KHAWARIJ, PKR, POLITIK

Part 1

TS Shafee tanya, bolehkah Latheefa Koya sahkan kesembilan sembilan rakaman ini adalah legal atau tidak.

Contohnya, adakah rakaman ini dari pihak dan agensi penguatkuasa seperti polis, SKMM atau tentera.

Latheefa kata dia tak boleh sahkan dan dedahkan perkara itu kerana ia masih dalam siasatan SPRM.

TS Shafee tanya lagi, kalau dia tak boleh dedahkan dalam mahkamah kerana ia masih dalam siasatan, kenapa dia dedahkan rakaman itu kepada public (awam) kalau dia sendiri tak boleh sahkan rakaman ini legal atau tidak?

Terpinga pinga Latheefa dan berpusing pusing dia nak jawab.

TS Shafee kata, “kita dah macam radio buruk” asyik berpusing dalam keadaan yang sama.

(Fuh... Hangit...Tepokkk pop corn tambah lagi)

Part 2

Ditanya adakah Latheefa Koya bersetuju dan tahu bahawa setiap bukti rakaman (suara atau video) perlu ada tiga kriteria sebelum didedahkan iaitu ;

1) history,

2) provenance, dan

3) originality

Latheefa bersetuju.

TS Shafee seterusnya bertanya, adakah rakaman itu sudah memenuhi ketiga tiga kriteria tersebut sebelum ia didedahkan kepada awam.

Latheefa kata tidak tetapi dia kata ia perlu didedahkan supaya rakyat tahu adanya penyelewengan, campurtangan entah apa apa lagi dia jawab untuk justify tindakan dia.

Mana integriti Tipah bila dia dedahkan sesuatu perkara yang tak pasti kononnya perkara itu melibatkan keselamatan negara?

(Giloss.. Muka Latifah mula mencuka macam muka berudu...)

Part 3

TS Shafee bertanya apakah niat Latheefa melakukan pendedahan rakaman itu kepada awam dengan merujuknya sebagai “blunder”.

Blunder maksudnya tindakan bodoh.

Latheefa kelihatan bengang dan bertanya,

“Apa yang blunder? Saya tak rasa itu adalah blunder.”

TS Shafee jawab,

“Tindakan kamu itulah blunder. Tapi takpa, itu apa yang saya rasa.”

(Kikikikikiki..! Macam muka tikus belanda terkena Corona Virus dah muka Tipah..kikikikiki..!!)

Bila ditanya oleh wartawan samada Tun Mahathir juga akan dipanggil sebagai saksi dalam kes 1MDB , Peguam bela Datuk Seri Najib Tun Razak Datok Seri Shafie Abdullah berkata "BRING IT ON, BRING IT ON" sebanyak 185 kali..!!

sekian dari mahkamah 1MDB melapurkan

Blog Archive