WABAK Covid19 selain menyerang lebih 140 negara, juga Malaysia.
Rekod semalam (16 Mac, 2020) jumlah yang terjangkit 553, termasuk 42 yang telah sembuh. Belum ada kematian.
Kerana kepantasan merebaknya virus tersebut, mulai esok sehingga 31 Mac, telah diumumkan pergerakan terhad dalam negara.
Walaupun jumlah yang terjangkit di negara ini cukup kecil peratusannya berbanding jumlah rakyat negara ini, tetapi kerana ianya berisko kematian, maka menyebabkan panik di kalangan rakyat.
Mereka yang panik, kerana ketakutan atas urusan Tuhan, iaitu kematian. Sebenarnya, tidak harus sesiapa panik, jika mereka ikut peraturan, ikut nasihat pihak yang berwajib.
Hakikat yang tidak boleh disangkal, apabila pihak kerajaan mengambil mudah impak wabak tersebut pada awalnya. Malah para pemimpin masa itu, cukup yakin, bahawa Malaysia boleh mengatasinya, kerana kononnya berpengalaman mengurus SARS. Malah mereka menolak cadangan untuk menghalang kemasukan rakyat punca wabak-negara China.
Walaupun wabak COVID19 dikatakan cukup bahaya, bukan sahaja mengancam nyawa, akan tetapi melumpuhkan perekonomian.
Dalam keadaan yang panik ini, selain larangan pergerakan, penutupan tempat tumpuan ramai, maka dengan sendirinya semua aktiviti berkaitan ekonomi berhenti. Pun demikian, keperluan manusia daripada segi makan minum, tidak dapat diberhentikan, jika berhenti, maka jawapannya kelaparan.
Dalam keadaan sekarang, hanya kerajaan yang mempunyai wang. Kerajaan perlu berbelanja, dengan menyalurkan wang kepada rakyat, khususnya yang terjejas teruk B40. Bantuan secara one-off, sekurang-kurangnya RM1000 satu keluarga perlu diberikan.
No comments:
Post a Comment