Tuesday, March 17, 2020

PEREBUTAN JAWATAN PRESIDEN BERSATU-MENGUBAH LANSKAP POLITIK NEGARA

KERANA tumbangnya Kerajaan Pakatan Harapan (PH), maka berlaku perebutan jawatan dalam Bersatu/PPBM.

Sebelum ini,  boleh dikatakan kebanyakan pemimpin parti itu, mengutarakan, agar 3 jawatan tidak dipertandingkan, iaitu Pengerusi, Presiden dan Timbalan Presiden. Tujuan cadangan itu, agar parti stabil. Namun, tiada yang menduga, kerana kejadian 24 Februari, 2020, semua cadangan lalu itu berubah.

Kini jelas, hanya jawatan Pengerusi tidak dipertandingkan, kerana hanya seorang calon, iaitu pemimpin yang mempunyai nombor keahlian, 00000001. Sementara yang berkeahlian 0000003 akan melawan 00000002.

Perebutan jawatan dalam parti itu, sebagai impak terwujudnya dua kem dalam parti itu, kem kerajaan dan kem pembangkang.

Para perwakilan, hanya ada dua pilihan, menyokong kem yang berkerajaan atau yang membangkang.

Jika dilihat hala tuju sesebuah parti yang ditubuhkan, adalah berkerajaan, maka di atas kertas, kem Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai kelebihan.

Apa yang pasti, walaupun Bersatu, masih bernahkodakan seorang, iaitu pengasas parti itu- Tun Dr Mahathir, perpecahan parti tidak akan terhenti. Perebutan kali ini, siapa pun yang menang arang menjadi abu, apa tah lagi yang kalah.

Dalam pertandingan ini nanti, negeri yang mempunyai ramai perwakilan, akan menentukan pemenang, negeri itu adalah Sabah yang diketuai Datuk Hajiji Haji Noor yang juga ADUN Sulaman.

No comments:

Blog Archive