SEWAJARNYA, mereka yang cerdik pandai seperti naib censalor universiti yang ke hadapan agar perintah larangan pergerakan berjaya.
Memang benar kampus ditutup, tetapi bukan bermakna pelajar yang tinggal di kampus atau asrama disuruh pulang. Tindakan menyuruh pulang para pelajar selain mendedahkan mereka kepada jangkitan, juga ada kemungkinan juga sebagai agen penyebar.
Maksud perintah larangan pergerakan adalah untuk mencuba memutuskan penularan. Jika larangan pergerakaan tidak dipatuhi, penutupan kampus, premis-premis perniagaan atau tempat-tempat tumpuan orang ramai tidak juga dapat mengekang penularan, kerana mereka yang pulang kampung kemungkinan besar terjangkit di perjalanan, dan kemudiannya menularnya kepada saudara mara, termasuk ibu bapa.
Dalam krisis begini, sepatutnya mereka yang ada pendidikan atau pelajaran patut ke hadapan, namun kerana mereka itu tiada ilmu, maka bertindak lah mereka, seperti mana tindakan UiTM, yang mana naib censalor universiti mengeluarkan pekeliling, semua asrama/kolej perlu dokosongkan, dan meminta pelajar pulang kampung, malah pelajar yang enggan pulang, terpaksa juga pulang, kerana kolej kediaman digelapkan, ertinya lampu dipadam.
Tindakan Ketua Polis Negara, supaya mereka yang bergerak dari negeri ke negeri perlu mendapat kelulusan pihak polis, membawa makna, betapa seriusnya perintah larangan pergerakan, akan tetapi mereka ini, tidak mengerti malah membajiri balai-balai polis, sehinggakan anggota polis pula yang terdedah jangkitan, jika ada diantara rakyat yang datang itu terjangkit virus.
COVID-19, memerlukan 14 hari untuk mengetahui, apa kah seseorang positif virus itu. Jika, mereka yang dalam perjalanan itu, baru terjangkit, maka sepanjang perjalanan, apa tah lagi mereka yang menggunakan pengangkutan awam, semua kontak terjangkiti.
Wabak COVID-19, tiada yang menyangka begitu serius impaknya, malah mereka yang berlatar perubatanpun, terjebak, termasuk mantan Perdana Menteri dan Timbalannya.
Jika meraka yang berlatar belakang perubatan, menghibahkan betapa seriusnya penularan virus, maka daripada awal-awal lagi perlu bertindak termasuk menutup pintu masuk ke dalam negara, menyediakan alat pengesan di setiap pintu masuk, termasuk semula lapangan terbang, maka besar kemungkinan, mereka yang membawa virus itu tidak dapat menyertai perhimpunan tablig di masjid Sri Petaling antara 27 Feb-1 Mac, pengiat gereja daripada negara yang terjangkit seperti Korea, Itali, tidak dapat masuk ke dalam negara.
Namun, apa yang berlaku, kerajaan lalu menganggap enteng penularan COVID-19, malah TPM masa itu cukup angguh mengatakan, bahawa Malaysia mempunyai kepakaran mengatasi ancaman virus tersebut.
Kini, selepas PM baharu mengumumkan perintah larangan pergerakan, mereka yang cerdik pandai pula, gagal menterjemahkan perintah larangan tersebut, kepada CUTI UMUM BESAR-BESARAN dan menggalakan orang ramai pulang ke kampung halaman masing-masing, bersama keluarga.
No comments:
Post a Comment