TIDAK terfikir kah oleh mereka yang tinggi pelajaran di universiti-universiti atau kolej-kolej, menutup kampus atau kolej supaya pelajar pulang kampung ke pangkuan keluarga, termasuk ibu bapa, kemungkinan membawa ole-ole COVID-19!!!.
Jelas sudah di negara kita ini, rupanya mereka yang ada pelajaran tidak berbeza dengan yang kurang, apabila bereaksi segera terhadap pengumuman larangan pergerakan disambut dengan PESTA BESAR-BESARAN PULANG KAMPUNG!!!.
Di terminal-terminal bas, penuh sesak dengan orang ramai. Malah di balai-balai polis, belumpun bermulanya larangan, telah dibanjiri, untuk mendapat surat kebenaran rentas negeri. Nasib baik, Ketua Polis Negara, cepat tarik balik keperluan tersebut, jika tidak, semua anggota yang bertugas kemungkinan mendapat hadiah COVID-19.
Mungkin mereka yang tidak hirau betapa bahayanya COVID-19, apabila sebelum ini, kerajaan lalu, menganggap enteng wabak tersebut, malah pada masa itu, apabila kerajaan diminta untuk melarang masuk pelancong daripada negara sumber-China, Lim Guan Eng, menunduh tindakan itu rasis. Mat Sabu pula, berhujah, pelancong cina bawa duit ke dalam negara kita, mengapa perlu dilarang!!.
Memang benar, tumpuan pada masa itu pada pelancong yang berkuit kuning, terlepas pandang pula pada warna kulit yang lain, sedangkan wabak COVID-19 tidak mengenal warna kulit, tidak mengenal anutan agama, tidak mengenal latar belakang.
Sebenarnya, COVID-19 tercipta dengan canggih sekali, kerana hanya diketahui seseorang itu ada gejala virus tersebut selepas 14 hari. Jika ada alat pengesan susu badan pun, jika seseorang itu terjangkit di bawah 14 hari, belum dapat dikesan, apa kah seseorang itu terjangkit (menurut hebahan bagaimana virus itu beraksi). Ertinya, mereka yang dalam perjalanan ke kampung, atau merayau-rayau di pasar-pasar raya, atau terminal, atau tumpuan orang ramai, apabila terjangkit, tiada akan merasa dijangkiti, sehingga masa inkubasi-14 hari.
Akibat daripada jangkitan, mereka ini bakal menjadi agen penular,makna kata, rantai penularan saling sambung menyambung. Mungkin tindakan memutuskan saluran itu, maka Sabah memutuskan, TIADA PERAYAAN IDUL FITRI BAGI TAHUN INI DI SABAH, tiada solat tarawih di masjid-masjid atau surau, persidang Dun Sabah pada 16-23 April, hanya untuk para ADUN, dan kakitangan terpilih.
No comments:
Post a Comment