Sunday, March 15, 2020

KEROSAKAN 22 BULAN PADA NEGARA KERANA KESILAPAN RAKYAT SENDIRI

KERANA tiada sifat bersyukur, kerana mendengar guruh di langit lalu air di tempayan dicurahkan, disamping terpengaruh janji bulan bintang, maka selama 22 bulan, ekonomi, hubungan sosial yang telah dibina sekian lama rosak binasa. 

Mujur lah 114 ahli parlimen tercuit hati menukar kerajaan, jika tidak kemusnahan akan berlanjutan. Walaupun trend kemusnahan dihentikan, akan tetapi kerosakan yang berlaku, bukan mudah untuk diatasi, apa tah lagi, negara berhadapan dengan beberapa isu utama, penurunan harga minyak, wabak COVID-19, penurunan harga komoditi seperti kelapa sawit. 

Mari kita lihat keadaan perekonomian negara yang diwariskan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) 

Pertumbuhan ekonomi 5.9% 2017- laporan bank dunia Malaysia boleh mencapai status negara berpendapatan tinggi seawal 2020 (unjuran itu meleset kerana perubahan kerajaan). 

Pertumbuhan eksport 18.9% tahun 2017 

Bursa Malaysia 1895.18 point-April 2018 

Dividen KWSP 6.9% tahun 2017, tertinggi dalam tempoh 4 tahun 

Defisit Bajet Persekutuan menurun 8 tahun berturut-turut 

Hutang rasmi kerajaan Persekutuan RM686.8bilion 

Rezab kewangan Petronas RM174bilion 

Simpanan kewangan negara RM2trilion 

Nilai Khazanah RM115.6bilion 

Nisbah Hutang-KDNK 48.7% 

Ketergantungan kepada minyak menurun berturut-turut selama 8 tahun, 41.3% (2009) kepada 15.7% 2017. 

Selepas 22 bulan, PH wariskan kepada PN 

Pertumbuhan ekonomi terendah dalam tempoh 10 tahun 4.3% (2019) 

Pertumbuhan eksport negatif 1.7% tahun 2019, pertama kali berlaku dalam tempoh sedekad 

Bursa Malaysia tercorot pada April 2019, dengan penurun sehingga 300 point daripada 1895.18 (April 2018) ke 1561.74 (november 2019) 

Dividen KWSP 5.45% (2019) terendah dalam tempoh 11 tahun 

Dividen PNB 5.5 sen, terrendah dalam sejarah 

Dividen Tabung Haji 1.25% terendah dalam sejarah 

Dividen LTAT 2% terendah dalam sejarah. 

Bajet 2019 RM314.5bilion terbesar dalam sejarah 

Peningkatan hutang negara RM136.8bilion kepada lebih RM820bilion 

Rating Petronas diturunkan daripada A1 ke A2 untuk pertama kali. 

Nilai Khazanah menurun ke RM73.1bilion (31 Desimber 2019) 

Nisbah hutang-KDNK meningkat ke 52.5% dan kini mendekati 55% 

Ketergantungan kepada minyak meningkat ke 30.7% (2019). 

Akan banyak lagi perkara-perkara pelik akan terbongkar, khususnya tindak tanduk Lim Guan Eng dalam Kementerian Kewangan yang berkaitan penjual aset-aset strategik negara yang berdaya saing dan sumber pendapatan kepada negara. 

Ada lah menjadi cabaran kepada kerajaan PN untuk membetulkan keadaan, namun tempoh masa 3 tahun, kerosakan yang berlaku tidak mencukupi. Tetapi, rakyat negara ini patut bersyukur, kerana setidak-tidaknya dapat mengekakang kerosakan yang lebih dahsyat.

No comments:

Blog Archive