Sunday, March 15, 2020

PENYELARAS KERAJAAN PERSEKUTUAN SABAH PERLU DILANTIK

FUNGSI penyelaras tersebut adalah untuk mengagihkan, melaksana, memantau projek-projek persekutuan di Sabah, agar benar-benar sampai ke kelompok sasar.

Penyalaras tersebut mengetuai semacam mini kabinet yang dianggotai oleh berbagai pihak termasuk wakil-wakil rakyat dengan portfolio masing-masing yang disesuaikan dengan kementerian persekutuan.

Menerusi pembentukan mini kabinet, yang mempunyai kuasa seperti kerajaan, adalah bersesuaian dengan kehendak Sabah untuk otonomi dalam membangun dan memajukan Sabah.

Tiada yang boleh menafikan, bahawa mini kabinet itu tidak mampu melaksanakan aspirasi rakyat Sabah, kerana mereka juga mempunyai pengalaman, berkemampuan, beritegriti, selain itu juga mereka mendapat sokongan daripada kepakaran jabatan-jabatan persekutuan yang ada di Sabah.

Matlamat utama penyelaras tersebut, supaya peruntukan persekutuan tidak disalahgunakan atau dialihkan pada projek yang tidak bermanfaat kepada rakyat dalam jangka panjang.

Selain itu, pengagihan dan pelaksanaan akan sesuai dengan kehendak rakyat, kerana mereka yang terlibat dalam distribusi tersebut adalah para pemimpin Sabah sendiri.

Ada lah jelas, jika peruntukan persekutuan diberikan terus kepada kerajaan negeri yang membangkang, sudah tentu peruntukan itu digunakan bagi projek-projek jangka pendek yang bertujuan politik.

Kerajaan persekutuan, mahu sesebuah projek yang mendapat peruntukan daripada pihaknya yang dilaksanakan bertahan secara mapan dan berdaya maju untuk jangka panjang demi faedah rakyat.

Memang pihak kerajaan negeri membantah jika peruntukan persekutuan tidak disalurkan kepada kerajaan negeri, atas sebab kementerian-kementerian atau jabatan-jabatan yang bergantung kepada peruntukan persekutuan tidak akan berfungsi, dan tidak dapat digunakan untuk tujuan politik.

Sangat jelas, penyelaras kerajaan persekutuan negeri, bukan nya menyerahkan hak Sabah kepada Persekutuan, sebaliknya hak Sabah benar-benar dikembalikan hanya sahaja, bukan menerusi kerajaan negeri yang membangkang persekutuan.

Cukup jelas jawapannya, jika rakyat Sabah tidak terbela, pihak pembangkang akan menyalahkan kerajaan persekutuan, demi merai simpati politik.

Bagi mereka yang tidak bersetuju, peruntukan persekutuan ditadbir urus oleh pemimpin yang sepasukan dengan kerajaan persekutuan, tiada merit untuk bercakap, kerana mereka itu tidak mewakili mana-mana kawasan, mereka itu hanya merupakan pemimpin politik untuk parti mereka, bukan mewakili suara rakyat.

No comments:

Blog Archive