Saturday, March 14, 2020

JPPS- ADA JUGA PEMIMPIN BERMAIN DUA KOLAM

PEMIMPIN Umno Sabah yang menolak cadangan pengwujudan semula JPPS, adalah pakar strategik Bn sebelum dan semasa PRU-14. Kerana kepakaran itu lah Bn kecundang, malah termasuk beliau sendiri. 

Kini, kononnya, atas dasar otonomi untuk Sabah, maka, biarpun Sabah diperintah parti yang membangkang kerajaan persekutuan, maka apa-apa peruntukan daripada persekutuan, perlu lah juga disalurkan kepada kerajaan negeri, walaupun tindakan itu, seperti gali lubang kubur sendiri, memberi pisau kepada musuh. 

Apa kah jadah pendirian tersebut!!! Mungkin kerana terlebih pandai menganalisis berbagai strategik, maka tidak sedar sedang bermandi menggunakan dua kolam. 

JPPS kekal ada selagi kerajaan negeri sebagai pembangkang kepada kerajaan persekutuan. Dan jika kerajaan negeri sudah sepasukan dengan kerajaan persekutuan, jabatan itu dengan sendiri nyah berfungsi. 

Jika Sabah benar-benar berotonomi mengatur pembangunan dan kemajuan sendiri, maka teruskan lah agenda itu. Namun bagi kerajaan persekutuan yang diwakili oleh pemimpin dan parti di dalam negeri, maka akan teruskan juga membangun dan memajukan Sabah, dan saling komplimen antara satu sama lain, yang untung dan terbela ada lah rakyat. 

Tidak sedar kah pemimpin itu, bahawa rakyat Sabah masih berorentasikan pembangunan dan kemajuan. Dan apabila datangnya pilihanraya, rakyat menilai, pihak mana yang benar-benar membela dan membantu rakyat. 

Kerajaan negeri, satu sen pun tidak memberi peruntukan kepada wakil-wakil rakyat yang membangkang mereka. Oh, mungkin yang bercakap itu bukan lagi wakil rakyat, maka dengan tiadanya peruntukan kepada wakil-wakil rakyat yang membangkang kerajaan negeri, maka bermaksud sedang bermain di padang yang sama dengan beliau. 

Dalam soal politik persekutuan di Sabah, pihak Bersatu lah yang mempunyai merit bercakap, kerana mewakili ramai ADUN, MP dan Senator yang sebahagian dengan Kerajaan Persekutuan.

No comments:

Blog Archive