Saturday, March 14, 2020

KERAJAAN PN-TIADA UNGKAPAN LAIN-SELAIN BERSYUKUR!!!

SEHARUSNYA pemimpin parti yang kalah pada PRU-14, kemudiannya menjadi sebahagian daripada kerajaan perlu bersyukur.

Semua pihak yang terlibat perlu bermuasabah diri, bahawa kerajaan Perikatan Nasional adalah sebuah kerajaan yang dibentuk dengan cara yang luar biasa.

Asas pembentukan kerajaan bukannya berasaskan kepada jumlah kerusi masing-masing parti, akan tetapi suatu tindakan luar biasa yang menyebabkan 114 ahli parlimen berpakat lalu menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon PM-8.

Seharusnya tidak timbul perkataan "tidak adil" menilai barisan kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan tetapi yang wajar sepertimana kenyataan pemimpin Pas Perak berkaitan perlantikan Peja sebagai MB-13 Perak "Beliau banyak berkorban" maka wajar disokong sebagai MB!

Para pemimpin parti tertentu dalam perikatan nasional yang menunjukkan ketidak puas hatian berhubungan dengan barisan kabinet, kononnya menguntungkan pihak-pihak tertentu, sepatutnya menjadikan kenyataan Pas Perak sebagai pendekatan. 

Ada pemimpin melihat kementerian KKLW dan Pertanian dan Industri Makanan serta Kementerian MITI serta Ekonomi membawa banyak kelebihan kepada parti yang diwakili, seharusnya tidak timbul, kerana yang mustahak, adalah akses kepada kementerian tersebut, ertinya ruang berunding sentiasa terbuka luas jika dikaitkan dengan membela rakyat, kecuali lah, kalau bercakap berkaitan "habuan projek" untuk kroni-kroni.

Jika semua pihak melihat skop yang besar, iaitu membela rakyat, maka tidak timbul dakwaan kementerian yang disebutkan hanya menguntungkan parti atau kumpulan tertentu.

Belajar lah bersyukur, elak lah ketamakan, kerana ketamakan itu lah yang menyebabkan parti yang berkuasa lebih 60 tahun hilang kuasa.

No comments:

Blog Archive