Friday, March 13, 2020

JPPS- JUGA BERTINDAK SEBAGAI PENYALARAS DAN PEMANTAU

MESKIPUN bernama JABATAN PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN SABAH (JPPS) tidak semestinya membawa pengertian bahawa HAK-HAK Sabah diserahkan seperti mana dakwaan Ketua Menteri Sabah- Datuk Shafie Apdal.

Jabatan itu boleh diketuai oleh rakyat Sabah, hanya bezanya tidak berkait dengan Kerajaan Negeri akan tetapi hanya untuk Kerajaan Persekutuan.

Jabatan itu, hanya berfungsi sebagai pusat menerima peruntukan Persekutuan, penyalaras dan juga pemantau berkaitan perbelanjaan peruntukan-peruntukan tersebut.

Bukan sedikit peruntukan persekutuan untuk Sabah kerana datangnya daripada berbagai kementerian dan agensi persekutuan, seperti KKLW, Kerjaraya, Pendidikan, Pertanian dan sebagainya.

Kerajaan Persekutuan tidak wajar dijadikan lembu punya susu sapi dapat nama, lagi pun rakyat masih bergantung kepada politik pembangunan dalam menyokong sesebuah kerajaan.

Apabila datang pilihanraya, rakyat akan menilai, kerajaan atau parti-parti mana perlu disokong. Sudah tentu rakyat akan menilai, pihak mana yang membela dan membantu mereka.

Jika kerajaan persekutuan memberi dana atau peruntukan kepada kerajaan yang membangkang, ianya membawa pengertian, gali lubang sendiri, atau memberi pisau kepada lawan.

Memang Shafie membantah peruntukan persekutuan diselaras oleh jabatan yang bukan mewakili kerajaan negeri, kerana kehilangan sumber kewangan yang cukup besar untuk digunakan oleh kerajaan negeri untuk membantu syarikat-syarikat yang berkaitan dengan mereka.

Sangat nyata, apabila kerja-kerja penyelenggaran jalan raya Sabah yang mendapat peruntukan daripada Persekutuan, hanya berlegar-legar pada syarikat-syarikat yang ada hubungan dengan pemimpin negeri, dan paling malang, syarikat-syarikat tersebut tiada pengelaman dan keupayaan.

No comments:

Blog Archive