Thursday, March 12, 2020

JPPS BERFUNGSI SEBAGAI PUSAT MENERIMA DANA PERSEKUTUAN

Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS) yang bakal diwujudkan hanya berfungsi sebagai stop centre bagi dana persekutuan.

Dana yang disalurkan itu bersesuaian dengan halatuju persekutuan, kerana jika disalurkan menerusi kerajaan negeri, sudah tentu tidak akan selari matlamat peruntukan itu, atas sebab kerajaan negeri ditadbir sebuah kerajaan pembangkang.

Rakyat Sabah masih berkiblat pada politik pembangunan. Oleh kerana kerajaan Sabah hanya berhubungan dengan persekutuan atas prinsip G to G (hubungan antara kerajaan), sudah tentu polisi kerajaan persekutuan membantu rakyat, tidak akan sama dengan polisi kerajaan negeri.

Rakyat mahu melihat, kelebihan sesebuah kerajaan apabila sampai pilihanraya. Jika peruntukan persekutuan disalurkan kepada kerajaan negeri yang merupakan pembangkang, sudah tentu rakyat tidak dapat membezakan mana satu kerajaan yang disokong.

Tiada istilah membelakang kepentingan Sabah seperti mana dakwaan Datuk Shafie Apdal dan mantan Ketua Menteri Sabah-Datuk Yong Teck Lee, kerana dana persekutuan itu akan digunakan memajukan negeri dan rakyat yang disesuaikan dengan polisi kerajaan persekutuan.

Para pemimpin parti perikatan nasional di Sabah mempunyai pengalaman, itegriti mengatur peruntukan persekutuan berbanding kerajaan negeri, kerana pengalaman lalu pemimpin yang sama tidak dapat mengatur dengan dana persekutuan untuk luar bandar yang berjumlah bilion ringgit.

Penulis yakin kerajaan persekutuan tidak akan mahu dipatuk ular daripada lubang yang sama.

No comments:

Blog Archive