Thursday, March 12, 2020

PENGERUSI BERSATU-SIAPA BAKAL TERPILIH?

18 April, 2020 bakal menentukan siapa bakal Pengerusi Bersatu pada pemilihan parti yang julung kali diadakan. Mengikut perlembagaan Bersatu, jawatan pengerusi mempunyai kuasa muktamad mengatasi jawatan presiden.

Baru sebulan lalu, Bersatu membayangkan tiga jawatan tertinggi parti, iaitu pengerusi, presiden dan timbalan presiden yang dipegang masing-masing oleh Tun Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin dan Dato Mukhriz tidak dipertandingkan.

Mungkin cadangan itu tidak berlaku lagi, memandangkan keadaan parti itu kini sudah hampir berpecah.

Berpecahnya parti, atas sebab kejadian yang berlaku antara 23-29 Februari yang menyebabkan parti keluar daripada PH, Tun meletakkan jawatan pengerusi pada 24 haribulan.

Walaupun Tun meletakan jawatan, tetapi MKT tidak menerima perletakan tersebut, dan akhirnya Tun menerima semula jawatan pengerusi seperti mana diumumkan oleh Setiausaha Agung parti- Marzuki Yahya pada 27 Februari. Namun, ekoran keadaan yang kelam kabut dalam parti itu, pada 29 Februari, Tan Sri Muhyiddin mengakui bahawa beliau memangku jawatan pengerusi.

Masih ada sebulan lagi untuk merungkai kekusutan dalam parti, untuk tidak mengekalkan parti terbelah dua, sebahagian ikut pembangkang sebahagian di pihak kerajaan yang memerintah, tambahan lagi sebagai Perdana Menteri.

Dapat diramalkan, Tun tidak akan mengalah, biar putih tulang jangan putih mata, biar kampung tergadai, asalkan menang sorak. Senario ini lah bakal dihadapi TSMY.

No comments:

Blog Archive