Thursday, March 26, 2020

TEMPOH PKP INI RAKYAT PERLU MAKANAN

TIDAK sedar kah Kerajaan Warisan Sabah, bahawa dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini rakyat perlu makanan dan keperluan harian lain, bukannya fikir berkenaan turap jalan, mula berniaga, tambah modal perniagaan.

Ok lah berkaitan pemotongan cukai tanah, cukai pintu dan bil elektrik, ertinya rakyat boleh guna beli makanan peruntukan untuk itu.

Persoalan sekarang, mereka yang terjejas adalah rakyat yang tiada pendapatan tetap. Mereka ini lah yang mengharapkan bantuan kerajaan. Kalau kerajaan tidak membantu, pada siapa mereka meminta bantuan? 

Kerajaan kena berfikir, menyalurkan wang tunai kepada rakyat, untuk memastikan mereka tidak putus wang tunai, akan mengerakan peruncitan, mengerakan barangan yang diperlukan, dan seterusnya, aktiviti ekonomi berjalan. Impak kepada berterusannya perekonomian ini, maka kerajaan akan mendapat semula bantuan yang diberikan menerusi cukai syarikat-syarikat atau korporat.

Tahu kah Shafie Apdal, betapa hebatnya kesan berganda RM200 juta jika disalurkan terus kepada rakyat? berbanding projek-projek kecil yang membabitkan 1000 pemohon!!! Jika disalurkan terus wang itu kepada rakyat, maka mempunyai kesan berganda tidak kurang 5 kali kepada peruncitan atau aktiviti ekonomi, ertinya turnover RM200juta adalah RM1bilion, berbanding menerusi projek2 kecil, yang mempunyai kesan hanya 1-1.5 kali ganda!!!. Lagipun, jika disalurkan terus kepada rakyat sekurang-kurangnya melibatkan 200,000 ketua keluarga dengan agihan RM1000 setiap ketua keluarga. Jika dilihat daripada segi bantuan berhadapan COVID-19, adalah apdal, wang itu disalurkan terus kepada rakyat yang terjejas.

Shafie kena mengubah semula "Pakej Bantuan Covid-19" yang diumumkan semalam, kepada pendekatan langsung, bukannya berbentuk bajet tambahan!!! itu pun kalau kerajaan negeri ada duit?

No comments:

Blog Archive