Thursday, March 26, 2020

COVID-19: JUMLAH KEMATIAN- SEPANYOL TEMPAT KE-2 SELEPAS ITALI

UPDATES pada pukul 22.34 waktu Malaysia jumlah kematian akibat COVID-19 seluruh dunia adalah seramai 22,175 atau 4.5% daripada 492,056 kes. Manakala jumlah yang sembuh seramai 118,063 (23.99%), dalam rawatan 351,818 (71.5%), termasuk 17,769 kritikal.

Setakat ini 198 negara dan wilayah telah dijangkiti. Negara yang paling teruk daripada segi jumlah kematian ada lah Itali- 7,503 (10.1%) daripada 74,386 kes, diikuti Sepanyol- 4,089 (7.3%) daripada 56,188 kes; tempat ketiga China-3,287 (4.04%) daripada 81.285 kes; Iran-2,234 (7.6%) daripada 29,406; Perancis- 1,331 (5.3%) daripada 25,233 kes dan Amerika- 1,037 (1.5%) daripada 68,905 kes.

Malaysia pula jumlah kematian seramai 23 orang (1.13%) daripada 2,031 kes.

Melihat data, nampaknya peratusan kematian di tempat teratas adalah Itali-10.1%, diikuti Iran-7.6%; Sepanyol-7.3%; Perancis- 5.3%; China-4.04% dan Amerika 1.5%.

Nampaknya, walaupun China mempunyai kes yang terbanyak, akan tetapi peratus kematian menduduki tangga ke-5.

Melihat perkembangan jangkitan COVID-19, nampaknya cara negara China membendung penularan virus tersebut efektif, berbanding negara-negara lain termasuk Amerika.

Malaysia, mengikuti cara negara China, walaupun tidak berapa "zalim" namun, nampaknya berjaya, apabila lebih 90% rakyat negara ini patuh pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta amalan seperti penjarakan sosial, amalan kebersihan dan arahan-arahan pihak KKM lainnya.

Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berusaha memenangi perang melawan COVID-19. Sama-sama kita berdoa, wabak ini secepat mungkin musnah di negara kita.

Bagi maksud rujukan perkembangan terkini COVID-19 KLIK DISINI

No comments:

Blog Archive