BUKAN sedikit rakyat Sabah yang kecewa ekoran pengumuan Pakej Bantuan COVID-19 Kerajaan Sabah pada Rabu, yang disifatkan sebagai gimik, kerana selain tidak jelas bagaimana bantuan itu diberikan, juga tidak mengena seperti mana tajuk yang diberikan, kerana pakej tersebut bukan lah untuk bantuan kepada rakyat berhadapan dengan wabak COVID-19, sebaliknya cara Shafie membantu kroni-kroni atau penyokong mendapatkan projek dan bantuan.
Mengingat cara Kerajaan Negeri menggunakan wang kerajaan negeri yang tidak menyeluruh, sebaliknya hanya para penyokong kerajaan atau rakyat yang terpilih, sehingga terlupakan bahawa wabak COVID-19, tidak mengenal siapa, sebaliknya semua rakyat menjadi mangsa.
Menerusi pengumuman Perdana Menteri, yang bersifat menyeluruh, tiada rakyat yang terkecuali, maka untuk memperlancar pakej rangsangan ekonomi yang diberikan kepada Sabah (kecuali bantuan prihatin Nasional yang dibayar secara langsung kepada penerima), maka perlu disalurkan pada satu badan yang dikawal oleh Kerajaan Persekutuan, seperti Jabatan Pembanguan Persekutuan Sabah (JPPS) seperti mana dicadangkan oleh Ketua Bersatu Sabah-Datuk Hajiji Haji Noor yang juga ADUN Sulaman.
Mempertimbangkan ketidak adilan kerajaan negeri menyalurkan bantuan kepada rakyat Sabah, seorang pemimpin Sabah yang juga mantan Pembantu Menteri Kewangan Sabah dan mantan Adun Bugaya, Semporna-Datuk Ramlee Marahaban, berpendapat, JPPS perlu segera diwujudkan untuk mengkordinasi stimulus ekonomi daripada Persekutuan untuk Sabah.
Menurut Ramlee, Jika pakej rangsangan ekonomi persekutuan disalurkan menerusi kerajaan negeri, dikhuatirkan, tidak akan sampai kepada rakyat Sabah secara menyeluruh.
Sebahagian rakyat Sabah tidak mampu dikecewakan lagi. Untuk itu, kerajaan Persekutuan diminta JPPS diwujudkan segera.
No comments:
Post a Comment