Thursday, March 26, 2020

SHAFIE PERLU FIKIR KEPERLUAN MENDESAK RAKYAT: RAMLEE

Datuk Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri perlu memikirkan keperluan mendesak rakyat yang terjejas terutama mereka yang berpendapatan rendah, mereka yang berkerja tidak tetap dalam masa perintah kawalan pergerakan (PKP) yang terpaksa dilaksanakan bagi membendung transmisi COVID-19, virus pembunuh, yang tidak mengenal sesiapa.

Mantan Pembantu Menteri Kewangan Sabah yang juga mantan ADUN Bogaya Semporna, Datuk Ramlee Marahaban apabila dihubungi penulis, bukan sahaja terkilan akan tetapi pelik apabila meneliti butiran Pakej Bantuan Covid-19 Sabah yang diumumkan pada Rabu, 25 Mac, 2020 oleh Ketua Menteri Sabah yang juga Menteri Kewangan Negeri.

Menurut Ramlee, pakej perlu lah berupa bantuan secara langsung, boleh berbentuk makanan atau keperluan harian yang mendesak atau wang tunai yang boleh digunakan membeli barangan keperluan harian dalam tempoh PKP selama 28 hari.

Pakej bantuan, bukannya berbentuk projek, kerana projek mererlukan proses birokrasi sebelum menjadi wang tunai.

Demikian juga persyaratan yang diberikan Kerajaan Negeri yang membahagi-bahagikan kategori rakyat yang terjejas antara mereka yang berdaftar dengan e-kasih dan B40, dan pembahagiannya diserahkan kepada UPPM dan Pegawai daerah serta pemimpin setempat untuk urusan agihan. Tidak terfikir kah, oleh Shafie, bahawa perut rakyat tidak dapat menunggu karenah birokrasi itu, kerana menerusi kaedah yang ditempu itu selain memerlukan masa yang panjang, juga akan berlaku agihan terpilih.

Dalam situasi sekarang, pilihan agihan adalah segera, jika menerusi pemberian berupa barangan memerlukan logistik, maka pilih lah penyaluran wang tunai ke akaun-akaun penerima seperti mana kaedah negeri Sarawak, sesiapa ketua keluarga berdaftar dengan BRIM/BSH akan mendapat bantuan menerusi akaun masing-masing.

Datuk Ramlee menjelaskan lebih lanjut, pakej yang diumumkan Shafie, bukan lah pakej bantuan segera kepada rakyat, akan tetapi berupa Bajet Tambahan Kerajaan Negeri (ASP) yang biasanya dibentangkan di persidangan Dewan Undangan Negeri untuk dibahas.

Beliau bertanya, apa kah relevannya projek-projek kecil luar bandar berjumlah RM200juta kepada rakyat yang terjejas kerana PKP?
Pakej ini apa relevennya dengan Wabak COVID-19?

Menurut mantan Pembantu Menteri Kewangan Era Barisan Nasional itu, pakej bantuan, ada lah berbentuk segera, boleh berupa barangan yang dihantar langsung kepada kelompok sasar atau wang tunai. Kaedah bantuan seperti mana bantuan kepada bencana banjir atau kebakaran, ianya tidak memilih, siapa yang perlu dibantu, sebaliknya bantuan kepada mangsa-mangsa.

Melihat cara kerajaan negeri membantu rakyat dalam masa PKP ini, kenampakan sangat, berlakunya pilih kasih, kerana ada kawasan DUN atau parlimen mendapat bantuan menyeluruh, seperti mana diumumkan oleh ADUN Tanjong Aru, Junz Wong, bahawa semua penduduk Pulau Gaya akan dibekalkan barangan ruji, selain barangan makanan lain selama tempoh PKP ini. Demikian juga di Semporna, barangan keperluan harian dihantar kepada penduduk yang terjejas terutama di pulau-pulau. Manakala di kawasan lain tidak diberikan, sedangkan rakyat-rakyat di kawasan lain juga mengalami kekurangan makanan, kerana tidak boleh keluar ke pekan-pekan. Bukan itu, sahaja, ramai rakyat kekurangan wang tunai, khususnya mereka yang berpendapatan tidak tetap, seperti penoreh, nelayan atau petani.

No comments:

Blog Archive