TABEL merupakan ringkasan "Pakej Bantuan Covid-19 Sabah) yang diumumkan oleh Kerajaan Sabah pada 25 Mac 2020.
Melihat tabel tersebut, sebenarnya tidak mencerminkan "bantuan" segera, akan tetapi lebih berupa BAJET TAMBAHAN KERAJAAN NEGERI, yang biasanya dibentang di persidangan Dewan Undangan Negeri untuk dibahas, dan jika diluluskan, maka Kerajaan boleh lah menggunakan Wang Yang DiSatukan untuk dibelanjakan.
Jika membaca pengumuman tersebut, tidak mencerminkan bantuan untuk berhadapan COVID-19 dalam tempoh masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) rakyat selama 28 hari, kerana selain tiada penjelasan atau huraian, melainkan "pakej" tersebut merupakan tatacara biasa menggunakan Wang Yang DiSatukan, bukannya wang kerjaan yang tersedia untuk dibelanjakan.
Benar lah diumumkan sejumlah RM20 juta untuk rakyat yang terdaftar dalam e-kasih, tetapi cara pengagihannya tidak jelas, sebabnya, bantuan kepada mereka yang terdafar dalam e-kasih berjalan sepanjang tahun, bukannya semasa adanya wabak sahaja.
Untuk mereka yang dalam kategori B40 akan dibayar secara one-off sebanyak RM300 untuk ketua keluarga yang berjumlah RM80juta, tetapi tidak dijelaskan cara pengagihannya dan bila akan diberikan. Berbeza dengan Sarawak, yang membayar RM250 untuk 6 bulan berturut-turut jelas cara pembayarannya, iaitu mereka yang tersenarai dalam BRIM/BSH.
Apa kah cara pembayaran dan bila diagihkan sengaja disembunyikan, kerana tertakluk kepada budibicara pemimpin Warisan-UPKO untuk memilih siapa yang diberikan, sehinggakan boleh berlaku bayaran musim tengkujuh kepada penoreh/pekebun getah, yang mana Timbalan Ketua Menteri pun turut layak dibayar.
Jika melihat tabel tersebut, kerajaan negeri turut menyumbang RM50juta kepada hospital-hospital, sedangkan semua hospital di negara ini di bawah Kerajaan Persekutuan, dan telah diumumkan peruntukan sebesar RM500juta oleh Perdana Menteri.
Tidak dapat disangkal hospital-hospital memerlukan dana untuk membeli peralatan atau keperluan para petugas di barisan hadapan, akan tetapi ianya sudah diambilkira oleh Perdana Menteri menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia.
Apa kah bantuan RM50 juta, kerana kerajaan negeri mempunyai kementerian yang menyerupai kementerian Persekutuan?
Sepatutnya, kerajaan negeri menggunakan wang RM50 juta itu (itupun kalau ada) untuk membantu rakyat Sabah secara langsung.
Bukan itu sahaja, peruntukan untuk Projek-projek kecil, IKS, Kredit Mikro, tidak mencerminkan bantuan berhadapan COVID-19, akan tetapi lebih bersifat sebagai stimulus kepada perekonomian negeri, dan ianya termasuk dalam Bajet Tambahan Kerajaan Negeri.
Manakala "bantuan" kepada MPKK, sebenarnya ianya bayaran gaji bulanan, kerana sebelumnya telah diumumkan pembekuan bayaran gaji terhadap mereka ini, kerana kos menampung mereka itu berpunca daripada Kerajaan Persekutuan.
Pakej Bantuan Covid-19 seharusnya yang menjurus kepada keperluan rakyat secara langsung dalam tempoh terkurung selama 28 hari, iaitu samada berbentuk wang tunai atau barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, lauk pauk, sayur mayur atau barang kali ubat-ubatan.
Dalam tempoh 28 hari ini, rakyat tidak boleh terputus dengan wang tunai, kerana diperlukan untuk membeli keperluan harian.
Apa kah Shafie menunggu spillover projek-projek IKS, Kredit Mikro dan projek luar bandar, untuk membantu dalam masa darurat ini? Jika itu perkiraan Ketua Menteri itu, maka silap besar, dan boleh membawa erti, orang masuk kubur dahulu, baru dihantar makan-minum.
Sebab itu lah penulis melihat pakej yang diumumkan itu hanya GIMIK dan ikut-ikutan kerana kerajaan lain telah mengumumkan pakej bantuan kepada rakyat masing-masing.
No comments:
Post a Comment