Wednesday, March 25, 2020

PAKEJ BANTUAN COVID-19 SABAH- MACAM TIDAK IKHLAS

MESKIPUN diragui cara pengagihan RM20juta dan RM80juta, hanya itu sahaja pakej yang benar-benar dilihat membantu rakyat secara langsung berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 28 hari. Ertinya jumlah itu lah yang boleh digunakan membeli beras, tepung, minyak masak, sayur, ikan, ayam dan sebagainya. Bantuan dalam kategori ini hanya dibayar secara one-off, berbeza dengan Sarawak yang berlanjutan sehingga 6 bulan.

Dalam tempoh masa 28 hari, boleh kah RM500 dan RM300 mencukupi? Sebab itu lah penulis melihat pakej yang diumumkan Datuk shafie Apdal itu tidak ikhlas, hanya kerana ikut-ikutan, sebab negeri-negeri lain mengumumkan pakej bantuan berhadapan COVID-19.

RM370 juta merupakan wang rakyat sendiri yang dijimatkan kerana berbagai diskaun, pemansuhan bayaran dan semacamnya.

Manakala pakej lain, bukan lah bantuan secara langsung kepada rakyat melainkan, bersifat rangsangan ekonomi, yang mengharapkan "spillover" umpamnya 1000 projek kecil-kecil yang berjumlah RM200juta. Jika projek kecil2 ini tidak perlu urusan pentadbiran, ertinya langsung boleh tuntut, maka hanya melibatkan 1000 pemohon.

No comments:

Blog Archive