SECARA umumnya mengapa rakyat tidak bersatu hati memerangi wabak maut-covid-19, virus berukuran 120 nanometer kerana terperangkap dengan kehebatan virus terus berjangkit dan cepatnya mengambil nyawa.
Di seluruh dunia wabak itu merebak, sebab itu lah WHO menamakan virus tersebut sebagai PANDEMIK.
Kini 197 negara di dunia telah dijangkiti. CORONAVIRUS UPDATES
Atas sebab kepantasan transmisi virus tersebut, cara membendungnya menerusi pemutusan transmisi, iaitu memutuskan kontak individu yang terjangkit dengan yang sihat, melalui PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN separa atau "Total LockDown".
Kerana ambil enteng, ada yang tidak patuh, akibatnya, ratusan ribu individu terjangkit.
Selepas ratusan ribu terjangkit, baru lah disedari, sifat virus tersebut seperti "blind love" tidak mengenal masa, di mana, siapa dan bila.
Kini, selepas sedar, betapa bahayanya virus tersebut, manusia hanya berusaha untuk tidak dijangkiti termasuk mengelak kontak sesama manusia, menerusi penjarakan sosial, menutup hidung dan mulut agar penyaluran menerusi udara terhalang, selain mengamalkan kebersihan secara total.
No comments:
Post a Comment