Singapura mendapati, 90% pesakit yang didapati positif convid-19 di negara itu, tidak menunjukkan sebarang simtom semasa melalui "checkpoint" di pintu masuk negara tersebut. Jika dakwaan ini benar, maka memerangkap pihak pasukan kesihatan di semua negara di dunia.
Satu-satunya, cara, adalah melaksanakan 'TOTAL LOCKDOWN" tiada pergerakan antara kawasan atau komuniti bagi memutuskan transmisi virus tersebut.
Kalau melihat statistik harian jangkitan virus tersebut di seluruh dunia, (klik disini), kesimpulan kementerian kesihatan Singapura itu ada kebenarannya, kerana kini, negara-negara maju seperti Amerika, selepas Itali, Spain, UK, German, Belanda, jumlah yang kena jangkit meningkat setiap hari.
Setakat ini, 381,649 kes seluruh dunia, 16,558 kematian, 102,429 sembuh, 262,662 dalam rawatan termasuk 12,062 krtikal. China mendahului jumlah terjangkit, diikuti Itali, Amerika dan Spain (Sepanyol)- masing-masing 81,171, 63,927, 46,145 dan 35,136.
Malaysia pula kekal dengan 1.518 jangkitan, 158 sembuh, 14 kematian, 1345 sedang dirawat termasuk 57 krtikal.
Walaupun semalam berlaku lonjakan jumlah kes di Malaysia, mungkin kerana kesadaran menjalankan ujian, kemungkinan rantaian jangkitan wabak tersebut "terputus" ekoran tindakan agresif kerajaan termasuk melibatkan ATM menguatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara, yang menurut laporan 95% berjaya.
Kita sebagai rakyat, perlu patuh kepada tindakan kerajaan, kerana wabak COVID-19 tidak mengenal masa, siapa, di mana, kerana virus ini bertindak sebagai "blind love" boleh menjangkiti sesiapa sahaja.
No comments:
Post a Comment