Sunday, March 22, 2020

IMPAK COVID-19: RAKYAT SABAH MENANTI PAKEJ RANSANGAN EKONOMI

‘Negeri lain telah mengumumkan pakej ransangan ekonomi menghadapi impak COVID-19- Tetapi Sabah , lain pula yang diumum “Sambutan hariraya tahun ini ditiadakan”- Kedengaran suara mantan Pembantu Menteri Kewangan Sabah, apabila penulis bercakap dengan beliau menerusi panggilan telepon pada hari ke-5 PKP seluruh negara. PKP= Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa antara 18-31 Mac,2020.

“Semasa era kerajaan BN yang diterajui Tan Sri Musa, matlamat bajet surplus adalah untuk menambah simpanan kewangan negeri, tujuan simpanan kewangan itu, adalah untuk berhadapan dengan keadaan krisis, seperti serangan wabak virus sekarang ini”- Tambah Datuk Ramlee Marahaban yang juga mantan ADUN Bogaya, dalam kawasan Parlimen Semporna. 

Ramlee mengingatkan Kerajaan Warisan-UPKO-PH di Sabah, wang simpanan Sabah yang diwarisi hampir RM4bilion atau tepatnya RM3.74bilion pada Disember, 2017 atau RM3.4bilion pada Jun,2018, sepatutnya digunakan untuk pakej ransangan ekonomi negeri, kerana impak COVID-19, sehinggakan sektor pelancongan yang merupakan sektor penjana perolehan kepada kerajaan negeri terjejas teruk. 

Selain itu, impak penurunan harga minyak mentah, di bawah AS30 setong, akan mengakibatkan penerimaan royalti minyak yang disasarkan untuk tahun 2020 berjumlah RM1.6bilion, tidak akan tercapai. 

Sabah memerlukan ransangan ekonomi untuk membantu rakyat yang terjejas. Tanpa ransangan ekonomi, pertumbuhan ekonomi akan menjunam lagi, apa tah lagi pertumbuhan ekonomi negeri telah merudum sejak Datuk Shafie Apdal menjadi Ketua Menteri. 

Kerajaan Sabah sudah memperkirakan bahawa wabak COVID-19 akan beterusan antara 2-3 bulan daripada sekarang, sebab itu diperkirakan semasa bulan ramadahan sehinggalah hariraya atau bulan syawal serangan wabak itu belum reda di Sabah. 

Mengapa rasangan ekonomi diperlukan? Kerana tidak sedikit rakyat kehilangan pendapatan akibat PKP. Dalam keadaan ini lah, kerajaan yang prihatin sekurang-kurang membantu rakyat yang terjejas untuk mengurangkan beban sara hidup.

No comments:

Blog Archive