Friday, March 20, 2020

KEMELUT BERSATU MEMUNCAK

BERSATU berpecah dua sejak 29 Februari, ekoran pemilihan PM-8. 

Walaupun keadaan semacam reda, apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta restu dan mengiktiraf kerajaan yang beliau tubuhkan daripada Tun Dr Mahathir.

Sebelum itu, Muhyiddin pada 29 Februari telah mengumumkan bahawa beliau memangku jawatan Pengerusi parti, ekoran perletakan jawatan Tun pada 24 Februari. Pada 27 Februari, Datuk Marzuki Yahya selaku Setiausaha Agung telah mengumumkan, Tun bersedia menjadi Pengerusi parti semula, selepas dirayu oleh MPT.

Jika diambilkira kenyataan TSMY pada 29 Februari, maka persoalan timbul, mana yang dahulu telor kah ayam.

Terkini, timbul persoalan, siapa yang berkuasa dalam parti, apabila TSMY memecat setiausaha agung dan melantik yang baharu, iaitu Datuk Hamzah Zainuddin. 

Berkiatan pemecatan Marzuki, Tun menganggap tidak sah dan seterusnya tidak menerima perlantikan Datuk Hamzah.

Nampak gayanya, kemelut bersatu sedang memuncak, seperti mana sangkaan penulis sebelum ini, bahawa sifat Tun, biar putih tulang, jangan putih mata, menang sorak kampung tergadai.

Berdepan dengan kemelut ini, para pemimpin lain tersepit, kerana gajah sama gajah bertarung pelandok mati di tengah-tengah.

1 comment:

Anonymous said...

Atok...hentikan lah dulu politik tu. Rakyat sibuk dengan cronavirus dia sibuk nak anak dia lawan TSMY.

Blog Archive