Monday, March 23, 2020

WABAK COVID-19: KERAJAAN PERLU ULUR BANTUAN KEWANGAN

DALAM keadaan krisis kemanusian yang melanda negara, kerana serangan wabak pembunuh COVID-19, kerajaan perlu memberi bantuan segera kepada rakyat yang termasuk dalam kumpulan B40 atau mereka yang tersenarai penerima BRIM/Bantuan Sara Hidup sekurang-kurangnya RM1000 berkuatkuasa serta merta untuk digunakan membeli keperluan harian, khususnya makan-minum.

Dalam keadaan sekarang ini, rezab negara digunakan bagi membantu rakyat.

Rakyat Sabah yang terjejas mengharapkan uluran kewangan daripada Persekutuan, kerana Sabah tidak berupaya, kerana wang simpanan kerajaan negeri yang berjumlah hampir RM4bilion yang diwarisi Kerajaan Warisan-UPKO daripada Kerajaan Barisan Nasional kemungkinan besar sudah habis digunakan untuk perbelanjaan lain oleh kerajaan Warisan pimpinan Datuk Shafie Apdal.

Sebabnya, sementara negeri-negeri lain telah mengumumkan berbagai bantuan kepada rakyat dalam situasi sukar ini, Kerajaan Sabah, hanya mampu mengumumkan TIADA SAMBUTAN HARIRAYA bagi tahun ini.

Ekoran perintah Kawalan Pergerakaan (PKP) bukan sedikit rakyat Sabah yang tiada pekerjaan tetap bukan sahaja berhadapan kekurangan bekalan makanan, malah tiada pendapatan untuk membayar bil-bil elektrik, air.

No comments:

Blog Archive