KECELARUAN timbul, apabila mereka yang mendapat kontrak membekal barangan dapur kepada rakyat yang terjejas, mengupload gambar barang-barang yang diagihkan. Kemudiannya, tular, panduan kos harga barangan tersebut, setiap ketua isi rumah (KIR) akan diagihkan barangan dapur bernilai RM100.00. Dalam surat pekeliling yang sama, dinyatakan waran sejumlah RM100,000.00 diperuntukan setiap DUN. Sedangkan yang diumumkan adalah RM18juta untuk seluruh Sabah.
Berpandukan pada jumlah RM18juta, maka setiap DUN akan mendapat peruntukan RM300,000.00.
Peruntukan RM300,000.00, jika setiap KIR diagihkan RM100, maka 3,000 KIR setiap DUN dapat bantuan.
Oleh kerana yang diagihkan hanya RM100,000.00, maka, atas budibicara wakil rakyat di kawasan tertentu, panduan RM100 terpaksa dipecah-pecahkan, ada yang separuh atau 3 bahagian, tujuannya, supaya agihan menyeluruh. Pada peringkat ini lah situasi menjadi tidak menentu, sehingga ramai rakyat protes, sehingga memaksa SPRM menubuhkan pasukan khas untuk memantau.
Jika Kerajaan Negeri daripada mulanya, menggunakan Rm18juta seperti mana yang diumumkan, sudah pasti kuantiti barangan dapur yang diagihkan tidak akan menimbulkan masalah, malah jumlah penerima semakin ramai.
Apa yang menjadi persoalan rakyat lagi, adalah berkaitan peruntukan RM30juta kepada MPKK, sedangkan MPKK adalah bergaji bulanan atau mendapat elaun bulanan. Apa relevannya, peruntukan itu dimasukan dalam pakej bantuan COVID-19 sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? Untuk membayar gaji sehingga Disember, 2020!!!.
Seperkara lagi yang menimbulkan kemarahan rakyat adalah berkaitan 1000 projek luar bandar diberi peruntukan RM200juta. Apa relevannya dengan pakej bantuan COVID-19?
Tindakan lain yang menyebabkan rakyat marah, adalah pengumuman SKN Sabah, sehari selepas diumumkan pakej bantuan itu, yang menyatakan bantuan telah dikreditkan di akaun masing-masing, sedangkan ianya belum dibuat.
Perkara yang menjadikan rakyat tambah marah lagi, berkaitan dengan cara agihan yang berpandukan pada e-kasih dan data yang dikumpulkan oleh kerajaan negeri, tidak menggunapakai data LHDN.
Semalam menerusi update di laman Facebook Datuk Ewon Benedik, bahawa senarai sedang dikemaskini. Menerusi data penerima yang diproses, seramai 156,038 KIR berbagai kategori termasuk 41,115 KIR dalam kumpulan B40, bakal menerima bantuan mereka melalui peruntukan RM100juta.
156,038 KIR itu mewakili 624,152 rakyat atau 21.5% daripada keseluruhan rakyat Sabah. Kemungkinan mereka ini juga telah mendapat bantuan awal daripada food bank yang berjumlah RM18juta, walaupun baru RM6juta diagihkan.
Baki hampir 80% rakyat tidak menerima sebarang bantuan, sedangkan mereka juga terjejas kerana PKP..
No comments:
Post a Comment