Latest News

TUN DR MAHATHIR MENGETUAI PAKATAN HARAPAN 2.0

BERBEZA dengan Pakatan Harapan yang telah berpecah, kini PAKATAN HARAPAN BARU dibentuk, mungkin dipanggil Pakatan Harapan 2.0 (PH2.0). Perbezaan antara PH dan PH2.0 cukup nyata, kerana PH2.0 dianggotai lima fraksi, iaitu DAP, PKR ORI, Bersatu, Amanah dan Reformasi. 

Orentasi PH2.0 merupakan penjelemaan atau penjajaran baharu, yang sama sekali tidak terikat dengan apa-apa yang dipersetujui pada PH asal. 

Kemungkinan besar orentasi PH2.0, tidak akan berkolaborasi dengan Warisan Sabah, tetapi kerajaan Sabah hanya dianggap sebagai kerajaan mesra PH2.0, seperti mana GPS (Sarawak) yang bersifat bebas terhadap kerajaan PH asal. Dengan kedudukan demikian, maka dalam kerajaan PH2.0 tidak lagi melibatkan Warisan dalam pemerintahan atau pentadbiran Persekutuan atau dengan kata lain, tiada lagi ahli parlimen Warisan bakal dilantik ke dalam kabinet Persekutuan, seperti mana halnya GPS Sarawak. 

Kerajaan PH2.0 tidak memerlukan kerusi Warisan, kerana pakatan 5 frkasi itu mempunyai majoriti mudah daripada 222 kerusi parlimen, iaitu berjumlah 129 kerusi, menerusi komposisi DAP=42, PKR=39, Bersatu=26, Amanah=11 dan Reformasi=11. 

Di Sabah seperti mana negeri-negeri yang tidak diperintah PH2.0, wakil rakyat komponen itu akan menjadi wakil rakyat pembangkang. 

Khususnya di Sabah, tidak pasti untuk parti PKR dan DAP apa kah akan ada perubahan sesuai dengan perkembangan terbaharu, kerana dua parti itu adalah sebahagian daripada kerajaan Sabah sesuai dengan kolaborasi dengan PH asal, manakala Bersatu yang juga komponen PH asal, dianggap oleh pimpinan Warisan sebagai lawan, meskipun para wakil rakyat parti itu cuba sedaya upaya sejak April,2019 untuk berkerjasama dengan parti pimpinan Datuk Shafie Apdal tersebut. 

Tembelang Warisan ternampak jelas, apabila memberi syarat sokongan kepada penjajaran baru kerajaan Persekutuan, iaitu perlu membubarkan Bersatu Sabah. 

Melihat kelibat pimpinan Warisan, rupanya parti itu hanya mahu berkolaborasi dengan komponen Pakatan Harapan, bukanya dengan induk kepada parti-parti tersebut. Kerana sifatnya selektif, maka parti komponen yang tidak disukai dianggap sebagai parti lawan. 

Sebenarnya, senario pecahnya Pakatan Harapan, telah membuka ruang dan peluang kepada Bersatu Sabah untuk bertanding di kawasan-kawasan yang ditandingi Warisan pada PRU akan datang. Jika ini berlaku, maka akan berlaku pertembungan berbagai penjuru, BN-Warisan-Bersatu. Terpulang kepada pengundi, parti mana yang dipilih atau diberi mandat.

1 Response to "TUN DR MAHATHIR MENGETUAI PAKATAN HARAPAN 2.0"

Anonymous said...

SUMPAH LAKNAT NAJIB TERMAKBUL HANCUR PH DITANGAN ORANG PH JUGA

Diberitakan Gabungan Pakatan Nasional menyokong kerajaan yang dipilih nanti hingga habis penggal.

Sepanjang kekalahan tersebut Ahli-ahli Parlimen dan pemimpin DAP-PKR-PAN menyalahkan Mahathir atas kekalahan PH dalam 5 pilihanraya kecil (PRK) terkini

Mereka (PH) sibuk mengatakan tentang kos pilihanraya padahal mereka juga yang telah membuat langkah Kajang dan Langkah Port Dickson dahulu dengan pilihanraya yang sebenarnya tidak perlu berbanding pilihanraya ini kini.

Dipercayai SPR yang dikuasai boleh DAP dan PKR@ Anwar sudah menjalankan aktiviti persempadanan semula. Ribuan pelancung Cina yang hilang sengaja disimpan untuk tujuan Pilihan Raya akan datang.

Anwar dan DAP amat gelisah cemas dan marah usaha usaha untuk menguasai SPT tersekat ditengah jalan. Peluang manipulasi sistem PRU akan datang terbantut dan tersekat ditengah jalan.

Sumpah laknat jadi kenyataan dan PH hancur berkecai betapa besarnya pengorbanan boss ku Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pun menyokong rancangan kerajaan baharu itu walaupun Dr Mahathir bertegas Najib mesti menghadapi tindakan undang-undang atas pertuduhan yang dilakukan.

Jika Najib memikirkan kepentingan diri dan populariti beliau yang sedang mencanak sekarang tentulah beliau akan menentang sebarang usaha membentuk kerajaan bersama Dr Mahathir. Namun bagi pemimpin UMNO dan Pas, agenda Melayu dan Islam dalam kerajaan lebih penting daripada kedudukan mereka.

Selagi mahkamah belum jatuhkan hukuman sesorang itu belum dituduh bersalah ..

Penyelaras Khas kepada Menteri Kewangan atau dalam bahasa lebih mudah, Pegawai Khas Lim Guan Eng. Ciapan ringkas Ng Wei Aik adalah yang paling keras selepas PRK di Tg Piai.

"It's time for Mahathir to go." (Sudah sampai masanya Mahathir berundur)

Sekarang DAP LGE terdesak untuk sokongan dari Tun (selama ini DAP dan PKR yg sabotaj Tun) hingga menuduh pemimpin kleptokrasi global utk menjadi kerajaan... Tokong hanya tunggu masa kes kamu dibongkar...!!

Siapa yang terkejar Siapa sekarang ni..Pergi PMO tak dapat jumpa, bekejar pulak ke Kediaman TM..dah macam Hantu Raya tak Bertuan..Terlari sana sini nak pujuk rayu Tuan nya agar ambil balik dirinya

Bila kerajaan Islam dibentuk tangkap Lim Guan Eng dan konco konco DAP dan bongkar semula kes kes rasuah nya. Mujahit juga perlu di soal suasat tubuhkan RCI dengan penjualan assets Tabung Haji

Blog Archive