Wednesday, February 26, 2020

KEMUNGKINAN BAKAL BERLAKU JIKA MP PKR CADANG PM SELAIN TUN

JIKA MP PKR mencadangkan nama lain selain Tun Dr Mahathir, maka akan membuka jalan kepada pembubaran parlimen, kerana YDP Agong akan mendapati tiada penama yang mendapat sokongan majoriti mudah.

Desas desus sebahagian besar MP PKR menamakan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke8, berbanding Tun Dr Mahathir. Di lain pihak pula semua MP Bersatu dan GPS Sarawak menamakan Tun Dr Mahathir.

Belum kedengaran pendirian DAP, Namun jika berasaskan kenyataan pemimpin parti itu sebelum menghadap YDP Agong, parti itu secara enblok menyokong Tun Dr Mahathir.

Semalam, kumpulan Muafakat Nasional yang dianggotai Umno, Pas, MCA, MIC dan PBRS telah menarik sokongan terhadap Tun, dan tidak menamakan siapa yang disokong sebagai Perdana Menteri, sebaliknya meminta pembubaran parlimen. Kumpulan itu mewakili 61 ahli parlimen.

Dalam senario sekarang, selain Tun Dr Mahathir, tiada individu mendapat sokongan majoriti mudah ahli parlimen.

Jika benar lah MP PKR menamakan PM8 selain Tun, maka mereka bersetuju kepada pembubaran Dewan Rakyat. Sama-sama kita tunggu!!!

No comments:

Blog Archive