Wednesday, February 26, 2020

KEMELUT MALAYSIA- PRU-15 BAKAL JADI KENYATAAN

PERKEMBANGAN terkini, GPS-Sarawak yang mempunyai 19 ahli parlimen membuat pendirian berkecuali untuk menamakan PM-8 atau mana-mana pihak, sebaliknya menyerahkan kepada perkenaan YDP Agong. Dengan pendirian tersebut, secara matematik, tiada pihak yang bakal mendapat majoriti mudah 112 daripada 222 kerusi Dewan Rakyat.

Menerusi perkembangan terbaharu ini, ada kemungkin YDP Agong menitahkan pembubaran Dewan Rakyat bagi membuka ruang kepada PRU-15.

Semalam Muafakat Nasional yang mewakili 61 kerusi parlimen, membuat pendirian, tidak menamakan PM8, sebaliknya menyembahkan kepada YDP Agong pembubaran parlimen.

Secara matematik, walaupun semua ahli parlimen PKR, DAP dan Amanah dan Warisan berpihak kepada Dato Seri Anwar Ibrahim, jumlah itu hanya berjumlah 101 kerusi kurang 11 untuk mencapai majoriti mudah 112. (perincian adalah PKR=39, DAP=42, Amanah=11 dan Warisan=9). Demikian juga jika semua MP Bersatu, DAP dan Amanah serta Warisan berpihak kepada Tun, maka hanya berjumlah 99 kerusi, kurang 13 kerusi untuk mencapai majoriti mudah (Pecahan yang mungkin berpihak pada Tun Bersatu=37, DAP=42, Amanah=11 dan Warisan-9).

Difahamkan ahli parlimen yang pro Anwar, secara enblok menamakan Presiden PKR tersebut sebagai PM8.

No comments:

Blog Archive