Wednesday, February 26, 2020

KERAJAAN BUKAN BERASAS PARTI TERLAMBAT SEDIKIT

CADANGAN kerajaan bukan berasas parti yang bakal diketuai Tun Dr Mahathir mungkin sedikit terlambat, ekoran keputusan para wakil rakyat berasaskan kehendak parti masing-masing. 

Semalam Muafakat Nasional yang terdiri daripada Umno, Pas, MCA, MIC dan PBRS secara enblok tidak menamakan sesiapa sebagai PM8, sebaliknya menyembah kepada YDP Agong pembubaran Dewan Rakyat. Pada hari ini, GPS-Sarawak pula menyerahkan kepada YDP Agong untuk membuat keputusan, dengan kata lain, gabungan yang beranggotakan 19 ahli parlimen tersebut berkecuali atau bebas. 

Dalam perkembangan hari ini, dikatakan ahli parlimen PKR yang berjumlah 39 secara enblok menamakan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PM8 DEMIKIAN juga DAP (A). 

Sementara itu Bersatu bersama kumpulan Dato Azmin Ali dengan 36 ahli parlimen tidak termasuk MP Langkawi menamakan Tun Dr Mahathir calon PM8 (B). 

Parti Amanah berasaskan kenyataan Khalid Samad, berkemungkinan telah menamakan Presiden PKR sebagai calon PM8 (C). 

Jika senario ABC diambil kira, maka berkemungkinan antara Tun Dr Mahathir dan Dato Seri Anwar masing-masing tidak mendapat majoriti mudah, iaitu 112 kerusi parlimen daripada 222 keseluruhan. 

Berasaskan senario ABC, apapun formula metematik, tiada pihak yang mendapat majoriti mudah. Atas sebab tiada pihak yang mendapat majoriti mudah, maka YDP Agong tiada pilihan melainkan menitahkan pembubaran parlimen untuk memberi ruang PRU15. 

Mungkin juga jika pembubaran parlimen tidak berlaku, dan tidak mengambil kira pendirian Tun berkaitan parti-parti dalam Muafakat Nasional, Dato Seri Anwar bersama parti beliau akan bergabung dengan muafakat Nasional, Amanah dan Warisan membentuk kerajaan baharu, kerana jumlah kerusi 4 entiti itu melepasi jumlah majoriti mudah. Senario ini berlaku, jika DSAI sanggup membelakangkan DAP, kerana itulah prasyarat Muafakat Nasional, namun senario ini sangat sedikit kemungkinan bakal berlaku.

No comments:

Blog Archive