Thursday, February 27, 2020

JELAS SUDAH PKR,DAP DAN AMANAH PERGUNAKAN TUN UNTUK KUASA

APABILA Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu sidang akhbar selepas menghadap YDP Agong berkaitan keputusan parti PKR, DAP dan Amanah menamakan beliau sebagai calon PM8, dan seterusnya keputusan itu disembah kepada YDP Agong, telah terdedah bahawa selama ini, sokongan 3 parti itu kepada Tun Dr Mahathir hanya satu sandiwara semata-mata untuk mendapatkan kuasa. 

Hanya dalam tempoh 24 jam sokongan 3 parti itu berpusing 360 darjah, daripada menyokong Tun kepada menolak. 

Meskipun semua ahli parlimen 3 parti itu menamakan Dato Seri Anwar sebagai calon PM8, akan tetapi halangan utama adalah dari segi jumlah kerusi, kerana jumlah kerusi 3 parti itu hanya 92, kurang 20; jikapun Parti Warisan Sabah menyokong, jumlah ahli parlimen menyokong Anwar hanya 101, kurang 11 ahli parlimen, mencapai majoriti mudah, 112.

Kumpulan Anwar kemungkinan besar tidak mendapat sebarang sokongan daripada GPS Sarawak, kerana awal-awal lagi gabungan itu telah menyembah pendirian mereka kepada YDP Agong untuk berkecuali. Selain itu, Anwar tidak bakal mendapat sokongan daripada Muafakat Nasional, kerana ahli parlimen MN yang berpotensi berpihak kepada beliau- tidak menghadap YDP Agong. 

Dalam senario sekarang, meskipun keputusan masih ditangan YDP Agong, akan tetapi soalan bocor telah dimulai oleh MN pada petang 25 Februari, apabila kumpulan itu mendakwa tidak menamakan calon PM8 sebaliknya mencadangkan pembubaran parlimen. 

MN mewakili 61 kerusi, manakala GPS Sarawak-19. Difahamkan juga ahli parlimen STAR memilih pembubaran parlimen. 

Jika dianalisa berasaskan kenyataan-kenyataan berbagai pihak selepas menghadap YDP Agong, di atas kertas kedudukan sokongan antara Dato Seri Anwar dan Tun Dr Mahathir, masing-masing 92 dan 37. Jika Warisan berpihak kepada Anwar, maka sokongan akan berjumlah 101; sebaliknya jika Warisan menyokong Tun, maka yang menyokong menjadi 46. 

Jika YDP Agong membenarkan penubuhan kerajaan minoriti, meskipun di luar Perlembagaan, dan mengharapkan kerajaan minoriti itu mendapat sokongan ahli parlimen semasa sidang parlimen, untuk menangguhkan opsyen pembubaran parlimen, maka akan melantik Anwar sebagai PM8, memanadangkan hanya memerlukan 20 atau 11 ahli parlimen menyokong untuk mendapatkan majoriti mudah. 

Bagi pendapat penulis, piihan untuk melantik PM bagi kerajaan minoriti tidak selamat pada persekitaran politik semasa, kerana akan mempunyai impak yang cukup besar terhadap pentadbiran, malah mengganggu perkembangan ekonomi negara, kerana pelabur asing tidak akan membuat pelaburan pada kerajaan yang tidak stabil. 

Ada lah lebih afdal, jika tiada pihak yang mendapat kerusi 112, maka YDP Agong menitahkan Perdana Menteri sementara untuk membubarkan parlimen, agar PRU-15 boleh diadakan.

No comments:

Blog Archive