Thursday, February 27, 2020

KRISIS POLITIK NEGARA- GANTUNG PARLIMEN SEHINGGA STABIL

MENGADILI krisis politik semasa, hanya satu penyelesaian yang boleh ditempoh iaitu mengikut langkah formula Tunku Abdul Rahman Al Haj pada tahun 1969, iaitu menggantung parlimen sehingga keadaan stabil.

Perdana Menteri Interim hendaklah menubuhkan Kerajaan perpaduan dengan peranan Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Negara.

Dalam situasi sekarang, pilihan melantik kerajaan minoriti atau bubar parlimen tidak akan menyelesaikan masalah.

Kerajaan perpaduan itu boleh dianggotai ketua-ketua parti atau mereka yang berkecuali, sehingga keadaan politik stabil, ekonomi negara pulih, selain keresahan rakyat reda.

Kerajaan Perpaduan itu, semata-mata untuk negara agama, bangsa dan tanah air. Menerusi kerajaan sedemikian juga politik kepartian diredam untuk sementara waktu.

No comments:

Blog Archive