Friday, February 28, 2020

TS MUHIYIDDIN YASSIN HAMPIR PASTI PM8

TAN SRI MUHIYIDDIN YASSIN ahli parlimen Pagoh, Johor yang juga Presiden Bersatu (PPBM) hampir pasti mendapat pekenanan YDP Agong untuk dilantik sebagai PM8.

Jumlah sokongan yang diperlukan untuk dilantik sebagai PM, adalah 112 daripada 222 kerusi parlimen.

Pada 25 &26 Februari, YDP Agong telah menemuduga 221 ahli parlimen, namun Baginda tidak mendapati ada calon mendapat majoriti ketara. Berikutan itu, Baginda menitahkan untuk kali kedua, parti-parti mencadangkan calon masing-masing untuk dipekenanankan untuk dilantik sebagai PM8.

Pakatan Harapan (DAP, PKR dan Amanah) menamakan Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI), manakala Gabungan Baharu (mungkin kemudiannya dinamakan Perikatan Nasional) menamakan Tan Sri Muhiyiddin Yassin (TSMY)

Semasa artikel ini sedang ditulis, TSMY disokong 37 ahli parlimen Bersatu, 60 ahli parlimen Muafakat Nasional, 1 PBRS dan 9 Warisan., dengan jumlah 107, memerlukan 5 ahli parlimen lagi untuk mencapai majoriti mudah. 

Meskipun GPS-Sarawak dengan 19 ahli parlimen belum membuat kenyataan setakat ini, namun berasaskan pendirian gabungan itu sebelum ini menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri. Ada lah dijangka keputusan itu kekal, kerana gabungan tersebut sangat alergi yang membabitkan Parti DAP.

Jika GPS menyokong TSMY, maka beliau disokong 126 ahli parlimen. Menerusi sokongan tersebut, maka sudah memastikan PM8 ada lah milik TSMY.

Walaupun demikian, keputusan rasmi adalah ditangan YDP Agong. Sama-sama kita tunggu daripada sekarang sehingga awal esok hari.

Jika TSMY dilantik menjadikan beliau anak Johor kedua selepas Allahyarham Tun Hussein Onn, selepas dua calon sebelum ini, Allahyarham Tun Dr Ismail dan Tun Musa Hitam terlepas dilantik, kerana Tun Ismail meninggal dalam tugas, manakala Tun Musa meletakkan jawatan.

1 comment:

Anonymous said...

Tun Hussein Onn kan PM dari Johor...

Blog Archive