Friday, February 28, 2020

KEMELUT POLITIK MALAYSIA: YDP AGONG MINTA PARTI POLITIK MENCADANGKAN CALON

OLEH kerana Yang di-Pertuan Agong masih belum memperoleh keyakinan seorang Ahli Parlimen yang mendapat kepercayaan majoriti di Dewan Rakyat bagi membentuk kerajaan baharu, maka Istana Negara akan berhubung dengan ketua pimpinan parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat bagi memberi peluang kepada mereka untuk mengemukakan pencalonan nama Ahli Parlimen sebagai bakal Perdana Menteri.

Pakatan Harapan dengan jelas menamakan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PM8, manakala fraksi MN, Bersatu, kumpulan Azmin, GPS dan Warisan kemungkinan besar menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Nampaknya, penyelesaian kemelut politik negara menghampiri penghujung. 

YDP Agong akan membuat keputusan apabila menerima penama yang dicadangkan.

1 comment:

Anonymous said...

Dengan syarat Matdey dan Sadid segaragr minta maaf dan menarik balik percakapan beliau sebelum ini yg mengatakan tidak akan bekerjasama dengan UMNO....barulah boleh PAS dan UMNO sokong Muyiddin...

Blog Archive