Thursday, February 20, 2020

PROJEK NEGERI- PEMIMPIN MESRA KERAJAAN SABAH-KENA BERSUARA

Kualiti Jalanraya Sabah
JIKA syarikat yang dipilih kerajaan negeri menjalankan projek-projek awam mempunyai merit dan pengalaman, maka ianya bukan lah persoalan. Namun, jika syarikat-syarikat yang dilantik tersebut tidak mempunyai kepakaran, maka ianya akan mempengaruhi kualiti dan standard sesebuah projek. Jika ini yang berlaku, maka akan merugikan pengguna juga negeri, kerana dana yang digunakan atau dibelanjakan tidak mencapai kualiti atau standard yang diharapkan.

Penulis terbaca, kontrak yang diberikan Kementerian Infrastruktur Sabah kepada sesebuah syarikat pembekal lampu untuk melaksanakan penyelenggaran jalanraya Majlis Perbandaran dan Daerah Sabah yang bernilai hampir setengah bilion ringgit untuk tempoh 5 tahun, bukan sahaja suatu tindakan tidak tepat, akan tetapi, mengkompromi kualiti jalan-jalan yang diselenggara tersebut. 

Di Sabah, kualiti jalanraya sangat lah rendah, dan di mana-mana jalan, dilihat tampal sana tampal sini, yang tidak mempunyai ketahanan, sehinggakan jalan-jalan yang diselenggara tersebut tidak terlepas daripada lubang sini lubang sana.

Sudah tiba masanya, pemimpin negeri yang mesra kerajaan perlu bersuara, demi rakyat, kerana jika membiarkan tindakan ini berterusan, maka seolah-olah mereka turut sama mengkompromi kepentingan rakyat atau pengguna jalanraya. Malah mereka boleh dikategorikan tidak menghiraukan penggunaan dana negeri, digunakan semaksimum dan seoptimum mungkin, untuk suatu kualiti dan standard yang diharapkan pengguna.

Sabah sudah merdeka lebih 50 tahun, namun-namun kualiti jalanraya, termasuk di kawasan bandar dan pekan masih rendah, malah di jalan-jalan protokol termasuk jalan ke Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) masih berkualiti rendah, apa tah lagi jalan menuju rentas daerah.

Kerajaan sepatutnya menggunakan setiap sen dana penyelenggaran jalanraya untuk menghasilkan kualiti dan standard jalanraya yang sepatutnya, bukannya, seperti mana keadaan jalan-jalan yang ada pada masa sekarang.

No comments:

Blog Archive