Wednesday, February 19, 2020

PRK KIMANIS-BUKTIKAN PARTI WARISAN TIDAK DISOKONG RAKYAT

PRK KIMANIS, sekali lagi membuktikan, bahawa Parti Warisan Sabah pimpinan Datuk Shafie Apdal tidak mendapat mandat daripada rakyat Sabah memerintah negeri Sabah.

Kerajaan Sabah yang kini diterajui Parti Warisan, sebenarnya adalah kerajaan pintu belakang, kerana tindakan khianat 6 ADUN daripada BN pada 11 Mei, 2018 ( 4 daripada ADUN Umno dan 2 ADUN Upko, selain parti UPKO keluar daripada BN).

Keputusan rakyat pada PRU-14, telah memberikan kemenangan 29 kerusi kepada BN, 21 kerusi kepada Warisan, 6 kerusi kepada DAP, 2 kerusi kepada PKR dan 2 kerusi kepada STAR.

Semasa PRU tersebut, Warisan, DAP dan PKR berkolaborasi, dan tidak saling bertembung, manakala STAR adalah sebahagian daripada parti pembangkang.

Oleh kerana keputusan PRU-14 itu telah menyebabkan Dewan Undangan Negeri tergantung, kerana tiada parti yang mendapat majoriti mudah, walaupun demikian berasaskan Perlembagaan Negeri Sabah, parti yang mempunyai kerusi terbanyak hendaklah menubuhkan kerajaan. Oleh kerana BN adalah parti yang mempunyai kerusi terbanyak, maka telah berjumpa TYT Sabah untuk menubuhkan kerajaan minoriti, pada masa yang juga telah menjemput parti STAR untuk berkerjasama, bagi tujuan sebuah kerajaan yang dibentuk mempunyai majoriti mudah di DUN Sabah.

Atas kerjasama antara BN dan STAR, terbentuklah kerajaan BN Plus, seperti mana tahun 1990, antara PBS dan USNO. Ekoran kerjasama itu, Pengerusi BN Sabah yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Sabah- Tan Sri Musa Aman mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri pada malam 10 Mei, 2018 di depan TYT Sabah yang disaksikan oleh Ketua Hakim bagi Sabah dan Sarawak, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Peguam Besar Negeri dan kenamaan-kenamaan lain.

Pada malam perlantikan dan angkat sumpah Ketua Menteri, barisan kabinet juga turut mengangkat sumpah jawatan. Namun, pada esok harinya, 11 Mei, timbul kekecohan, apabila UPKO keluar BN dan mengistiharkan sokongan kepada Datuk Shafie Apdal, termasuk juga 6 ADUN yang khianat.

Oleh kerana perlantikan Ketua Menteri Sabah, tiada pihak yang boleh melucutkan, kecuali menerusi Sidang Dewan Undangan Negeri, iaitu undi TIDAK PERCAYA, maka kabinet yang dibentuk pada 10 Mei, 2018 telah mengadakan Mesyuarat Kabinet pertama pada 12 Mei bertempat di Bangunan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), di Telok Likas. Walaupun demikian, TYT Sabah bertindak di luar Perlembagaan Negeri Sabah yang mana tindakan tersebut pada masa ini berada di Mahkamah Persekutuan untuk keputusan.

Terbukti, apapun tindakan TYT Sabah untuk melantik Datuk Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri, kemudiannya, berapa ADUN BN khususnya daripada UMNO menyertai Warisan, malah sebahagian besar telah keluar beramai-ramai dan kemudiannya menyertai PPBM/Bersatu dan mesra kerajaan Warisan, pun demikian, TIDAK mendorong rakyat menyokong, seperti mana dibuktikan menerusi PRK Kimanis apabila calon Warisan kalah kepada calon BN. Sebagai perbandingan, pada PRU-14, calon yang sama, hanya kalah 156 undi, namun pada PRK kekalahan meningkat kepada 2029 undi. Juga pada PRK tersebut, salah satu DUN pada Parlimen itu, iaitu DUN Bongawan yang dimenangi calon Warisan, pada PRU-14, kalah pula pada PRK Kimanis.

Kekalahan calon Warisan pada PRK Kimanis adalah isyarat jelas, bahawa parti itu tidak mendapat sambutan daripada rakyat Sabah secara umumnya, dan indikasi tersebut memberi isyarat, bahawa Kerajaan Warisan pimpinan Shafie, hanya merupakan kerajaan sepenggal. Jika itu menjadi kenyataan pada PRU-15, maka Warisan adalah kerajaan yang pertama kali berlaku di Sabah yang hanya bertahan sepenggal, kerana sebelum ini kecuali kerajaan BN yang ditubuhkan pada tahun 1994, kerajaan Sabah dapat bertahan 2 penggal, seperti mana pada era USNO, Berjaya dan PBS.

Indikasi bahawa Kerajaan Warisan hanya bertahan sepenggal didorong oleh tindak tanduk pemimpin parti itu, yang mengutamakan kepentingan kroni berbanding kepentingan rakyat, seperti mana ditunjukkan menerusi perlantikan ke jawatan-jawatan, termasuk penjawat awam dan perlantikan pada syarikat-syarikat berkait kerajaan-GLC.

Selain itu, perlantikan syarikat-syarikat yang berkait dengan kroni bagi menjalankan projek-projek kerajaan, juga mendorong rakyat menolak Kerajaan yang diterajui Warisan.

Rakyat Sabah selama 20 bulan pemerintahan Warisan, tidak nampakpun, bahawa kerajaan Sabah yang ada mampu memerintah Sabah dengan lebih baik berbanding kerajaan lalu, kerana rakyat melihatnya daripada segi aktiviti ekonomi yang semakin teruk, penciptaan peluang-peluang pekerjaan yang tidak pernah kunjung datang, malah kehidupan rakyat semakin terhimpit, sebagai akibat peningkatan sara hidup.

No comments:

Blog Archive