Tuesday, February 18, 2020

ISU UTAMA KERAJAAN OFF THE DAY

ISU utama kerajaan baru Sabah adalah, selama 20 bulan, rakyat secara umumnya belum nampak kerajaan off the day lebih baik daripada kerajaan lalu.

Rakyat yang mengharapkan perubahan ke arah yang lebih baik, sebaliknya, tidak menikamti perubahan tersebut, malah kehidupan rakyat semakin terhimpit.

Sudah lah aktiviti ekonomi semakin merudum, ditambah peluang pekerajaan yang tiada pertambahan, keadaan infrastrutur juga semakin teruk, semacam diabaikan, malah isu yang semakin dirasai rakyat adalah peningkatan sara hidup yang semakin ketara.

Pemimpin kerajaan hanya syiok sendiri, berhujah berdegar-degar, menyalahkan kerajaan lalu, kononnya sebagai punca, mengapa mereka tidak performed, sedangkan, kerana kejayaan kerajaan lalu yang mereka warisi, mereka boleh berbelanja sesuka hati, termasuk membeli kereta-kereta mewah untuk kegunaan menteri dan pembantu menteri, malah pegawai-pegawai kanan kerajaan, boleh merenovasi kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya, malah ada Menteri yang merobohkan kediaman dijadikan "ground Zero" dan dibangun semula dengan bungalo mewah!!!.

Kalau memperhatikan perlaku para menteri, mereka hanya mengutamakan lifestyle mereka, berbanding membela rakyat secara umum, malah ada menteri yang mempunyai lif sendiri.

Apa yang menjadi malang, harapan rakyat untuk mendapatkan limpahan daripada sumber minyak dan khazanah negeri seperti kayu balak, hanya dinikmati seegelintir orang, jauh sekali untuk kepentingan rakyat.

Benar lah, rakyat bagaikan mentimun dengan durian, mengolek luka, apa lagi digolek.

Rakyat pada PRU-15, perlu mengembalikan para pemimpin dan parti yang tahu menghargai rakyat yang memberi mandat.

No comments:

Blog Archive