Monday, February 17, 2020

JAWATAN PM-APA PENGHALANG ANWAR?

KALAU melihat faktor yang telah menjadi penghalang, mengapa Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) tidak dapat menduduki jawatan Perdana Menteri, adalah faktor DSAI sendiri, bukannya faktor lain. Kini, jika beliau tidak dapat merealisasikan impian, faktornya juga adalah kerana beliau sendiri.

Apa alasan disebalik pendapat penulis tersebut? Pakatan Harapan terdiri daripada 4 parti- DAP-PKR-Amanah-Bersatu. Daripada 4 parti itu, di luaran hanya PKR berdepan dengan pergolakan atau pecah menunggu belah. Bukan calang-calang pergolakkan, kerana antara Presiden dan Timbalannya.

Juga, sangat ketara, bahawa DSAI, tidak dapat mengawal para pemimpin parti itu termasuk wakil rakyat membuat kenyataan berkaitan peralihan kuasa, meskipun beliau kerap sekali meminta, agar sebarang kenyataan berkaitannya dihentikan.

Isu peralihan kuasa semakin hangat diperkatakan, kerana tindakan para pemimpin PKR sendiri yang kerap sekali menimbulkan isu tersebut, meskipun ianya dipersetujui sebelumpun PH mengambil kuasa.

Dikatakan, sebelum PRU-14, tepatnya pada Januari,2018, 4 parti PH telah bersetuju, jikalau PH dapat menubuhkan Kerajaan Persekutuan, maka Tun Dr Mahathir dilantik Perdana Menteri, dan selepas beliau adalah Dato Seri Anwar Ibrahim. Dalam persetujuan itu difahamkan, tiada tarkih atau tempoh ditetapkan.

Oleh kerana kerapnya isu berkaitan peralihan kuasa, yang ditimbulkan oleh para pemimpin PKR sendiri, maka timbul politiking yang luarbiasa, sehingga timbulnya berbagai gerakan, termasuk PAKATAN NASIONAL. Samada pakatan ini wujud atau tidak, berbagai andaian yang kerap diuar-uarkan oleh berbagai pihak termasuk media atas talian, media cetak atau orang perorangan, malah di kalangan ramai pemimpin politik, malah angka-angka telah diberikan. Pakatan ini dikatakan adalah kerjasama baharu, antara berbagai parti tetapi tidak melibatkan DAP dan kubu DSAI dalam PKR, dan juga mungkin parti Amanah.

Apa yang menjadi polimek kepada isu peralihan kuasa adalah pengelibatan para pemimpin di luar PH, yang membawa persepsi, menghalang peralihan kuasa daripada Tun Dr Mahathir kepada DSAI.

Tindakan Parti Pas yang ingin membawa USUL PERCAYA kepada Tun Dr Mahathir pada persidangan Dewan Rakyat bulan depan, akan membawa impak yang sangat signifikan kepada peralihan kuasa, kerana USUL itu sendiri, adalah usul untuk Tun Dr Mahathir menghabiskan penggal ke-14 parlimen sebagai Perdana Menteri.

Walaupun Parti Pas bersungguh-sungguh sangat membawa usul tersebut, ianya sukar untuk menjadi kenyataan, kerana ianya bergantung kepada budibicara Speaker Dewan Rakyat. Speaker akan memberi pertimbangan yang sewajar-wajarnya, apa implikasi kepada usul tersebut.

Penulis berpendapat, usul itu tidak akan menjadi kenyataan, kerana selain tidak pernah berlaku di negara ini, ianya juga bukan perkara mendesak atau segera. Persidangan Dewan Rakyat lebih megutama perkara-perkara segera, khususnya urusan kerajaan.

Walaupun usul parti Pas itu tidak akan menjadi kenyataan, namun isu peralihan kuasa akan terus dibicarakan dan akan terus memenuhi arena politik negara.

Politiking dalam negara pasca PRU-14 tidak pernah berhenti, seolah-olah para pemimpin bangun-tidur hanya berpolitik, malah mereka yang diberi mandat memerintah negara juga sebahagian daripada politiking, sehinggakan tugas membangun dan memajukan negara semacam terabai.

Hakikatnya, apapun politiking yang berlaku, tidak mempunyai implikasi yang kukuh berkaitan peralihan kuasa. Faktor yang sangat signifikan yang menghalang kepada peralihan kuasa itu, adalah berpaksi pada parti PKR sendiri, termasuk lah tindak tanduk DSAI sendiri. Perbalahan luarbiasa antara kubu DSAI dan timbalannya sudah menjadi kronik, walaupun setakat ini, tidak menjadikan parti itu pecah,

Semalam Dato Seri Azmin Ali dalam satu majlis Tahun Baru Cina di Ibu Negara, mengulangi pendirian beliau, bahawa semua pihak dalam PH perlu berdiri teguh di belakang Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, sebagai kaedah untuk mengerakkan perekonomian negara, apa tah lagi pada November ini, Malaysia menjadi tuan rumah kepada Persidangan APEC. Sokongan dan dokongan kepada Tun, sangat perlu agar negara mendapat kepercayaan daripada masyarkat dunia, khususnya para pelabur.

Menganalisa pendirian Azmin itu, membawa erti, bahawa semua pihak termasuk pembangkang perlu mengutamakan negara terlebih dahulu berbanding kepentingan pribadi, terutama menghadapi fenomena global yang tidak menentu, termasuk bakal lembabnya perekonomian global sebagai impak wabak COVID-19 yang melanda negara China pada Disember lalu, dan sehingga kini belum reda.

Nampaknya, Azmin berkias, peralihan kuasa tidak akan berlaku setidak-tidaknya dalam temph penggal ini. Walau apapun, sama-sama kita tunggu kesudahannya, kerana menurut Tun semasa merasmikan Musabaqah Al-Quran peringkat kebangsaan di SICC, Kota Kinabalu pada Ahad, "Destiny in Our own Hands".

No comments:

Blog Archive